Hot Posts

6/recent/ticker-posts

KUATNYA SEORANG YANG BERNAMA BUNGA CITRA LESTARI




SELEPAS 12 hari pemergian suami tercinta, Allahyarham Ashraf Sinclair, penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) kembali melangkah ke pentas meneruskan komitmen sebagai anak seni.

Selepas muncul buat pertama kali pada persembahan SQ Friday Fusion di Coca-Cola SQ Dome, Jakarta Selatan pada Jumaat, penyanyi Cinta Sejati itu melunaskan janjinya untuk muncul dalam  persembahan Romantic Valentine Concert with Ronan Keating featuring Bunga Citra Lestari & Christian Bautista yang berlangsung di Pullman Central Park, Jakarta Barat pada Sabtu.

BCL terlihat begitu profesional dan berusaha mengetepikan perasaan sedih yag masih membelenggu dirinya. Malah BCL yang turut ditemani anak tunggalnya, Noah Sinclair, 10, turut menyanyi lagu yang begitu bermakna buatnya dan Allahyarham suami, Cinta Sejati dan Karena Ku Cinta Kau.

Ketika menyanyikan lagu tersebut, BCL ternyata tidak dapat menahan emosi dan sebak sambil mengawal diri daripada menitiskan air mata. Sebauh persembahan yang sangat meruntun hati.

Apa pun semoga BCL terus tabah dan kuat melalui kehidupan bersama anak dan keluarga yang sentiasa ada menyokongnya. 

Post a Comment

0 Comments