Hot Posts

6/recent/ticker-posts

TRUE HORROR, KES YANG BENAR-BENAR BERLAKU?


TRUE Horror diterbitkan oleh penerbit siri BAFTA The Enfield Haunting, yang meraih kadar rating tertinggi dari Sky Living, dan siri Glue yang diiktiraf, datangnya True Horror - satu drama dokumentari empat episod.

Setiap episod ngeri True Horror menggambarkan satu kes baharu dan yang benar-benar berlaku, siap dengan saksi-saksinya.  Dan menyebabkan anda mempersoalkan keyakinan anda. Adakah kuasa jahat ini hanya mimpi buruk ... atau adakah mereka benar?

Menyiasat kes-kes sebenar di mana manusia menjadi sasaran kepada makhluk-makhluk yang tidak dikenali, True Horror menceritakan pengalaman yang mengerikan seperti kerasukan dan jelmaan hantu melalui wawancara bersama mangsa-mangsa sebenar fenomena paranormal.

Antara cerita yang ditayangkan termasuk kes rumah baharu Vanessa (Michelle Ryan, Doktor Who, East Enders) yang mempunyai sejarah yang menyeramkan. 

Beberapa tahun lalu, ia digunakan sebagai penjara untuk wanita terakhir yang digantung disebabkan mempraktikkan ilmu sihir di England dan baru-baru ini, pemilik sebelumnya membunuh diri di rumah tersebut. Sekarang, selepas beberapa serangan aneh, Vanessa mendapati bahawa apa sahaja yang menghantui rumah itu sedang mengancam anaknya.

Kes Liz dan Bill yang sering melihat makhluk di bilik tidur mereka, visi membahayakan diri sendiri yang ngeri, dan haiwan mati di sekeliling mereka selepas berpindah ke sebuah rumah ladang terpencil di Wales. Gangguan yang mengerikan itu tidak berhenti sehingga Bill membakar kedua-dua buku ghaibnya dan lukisannya yang menakutkan



True Horror
Episod: 4
Hari: Jumaat (Bermula 20 April 2018: [Siaran Perdana Hari Yang Sama Dengan U.K.!]
Masa: 10.00 Malam
Saluran: Kix HD (Astro 729)   


[KREDIT INFO & FOTO: Kix HD]

Post a Comment

0 Comments