DALAM budaya Korea, kehadiran dukun, peramal nasib dan pelbagai jenis ahli nujum bukanlah perkara asing. Mereka sudah lama menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat di mana ada yang percaya, ada juga yang skeptikal.
Tetapi bagaimana kalau kebolehan mereka benar-benar diuji, depan mata penonton? Itulah yang bakal berlaku dalam rancangan realiti terbaharu,
Battle of Fates, eksklusif di Disney+ Hotstar.
Siri ini mempertemukan pelbagai figura mistik Korea, daripada kumpulan shaman, penafsir takdir, pakar fisiognomi sehinggalah pembaca tarot.
Mereka akan berentap antara satu sama lain dalam pelbagai cabaran yang direka khas untuk membuktikan sama ada kebolehan mereka benar-benar boleh diguna pakai atau sekadar omong kosong. Setiap peserta yang gagal akan disingkirkan, manakala yang berjaya akan mara ke pusingan seterusnya.
Lima MC, Satu Misi Memerhati
Lebih menarik, keseluruhan pertandingan ini akan diperhatikan oleh barisan 'observer' yang cukup dikenali dalam dunia hiburan Korea. Lima MC utama iaitu Jun Hyunmoo, Park Narae, Park Haseon, Shindong, dan Kang Jiyeong bakal memimpin rancangan dengan gaya yang penuh energi.
Kehadiran mereka dijangka menambah lapisan keseronokan, menjadikan setiap episod bukan sahaja penuh persaingan, tetapi juga sarat dengan hiburan.
Bagi peminat budaya Korea dan penggemar rancangan variasi, ini adalah peluang keemasan untuk menyaksikan sesuatu yang unik dan berbeza daripada kebiasaan.
Disney+ Hotstar sendiri kini menawarkan lima rancangan K-variety setiap minggu, dari
Anchovy Physical Camp, 60 Minutes to Love, Belly Showdown, YOO Got a Minute? hinggalah ke
Chef’s Go-To.
Jadi, penonton bukan sahaja boleh menantikan
Battle of Fates, tetapi juga mendapat akses kepada hiburan K-variety setiap hari.
Rancangan realiti terbaru
Battle of Fates ini akan dilancarkan pada tahun hadapan, hanya di Disney+ Hotstar. Nantikan pengumuman lanjut untuk tarikh tayangan rasmi yang pastinya bakal mencuri perhatian peminat K-variety di seluruh dunia.
- 7KLIKARTIKEL LAIN:
0 Comments