Oleh: AILEEN ADAM
JENNIE bukan sekadar superstar global, tapi juga ikon gaya yang redefine budaya sneakers untuk generasi baharu. Dari pentas muzik ke kempen fesyen antarabangsa, Jennie sentiasa membuktikan bahawa originality bukan tentang ikut trend, tapi berani jadi diri sendiri. Sneakers jadi antara elemen penting dalam gaya hidupnya yang minimal tapi impactful.
Berikut 5 fun fact tentang Jennie dan sneaker culture yang mungkin ramai tidak tahu.
1. Superstar Adidas Jadi Statement Piece Dalam Kempen Terbaru
Dalam kempen global 'Superstar: The Original', Jennie tampil bold dan minimalis dengan siluet klasik Superstar hitam putih serta Firebird Tracksuit, mewakili semangat original yang adidas pertahankan sejak berdekad lalu. Jennie bukan sekadar model kempen ini, tapi simbol keberanian jadi diri sendiri dalam apa jua budaya.
2. Sneakers Jadi Pilihan Dalam Kehidupan Seharian
Sejak zaman debut lagi, Jennie dikenali dengan gaya
effortless yang selalu padankan sneakers dengan
outfit harian, sama ada untuk latihan
, hangout dengan kawan-kawan atau sekadar jalan santai. Sneakers bagi Jennie bukan sekadar kasut casual, tapi lambang keselesaan dan keyakinan yang melengkapi personalitinya.
3. Chanel Sneakers Vintage: Bukti Cinta Classic Fashion
Walaupun kini sinonim dengan adidas, Jennie pernah mencuri perhatian peminat fesyen bila memakai Chanel vintage sneakers, salah satu item
rare yang susah ditemui. Dia buktikan bahawa sneakers boleh jadi
timeless pieces dalam almari fesyen, tidak kira jenama apa sekalipun.
4. Gaya Airport: Sneakers Jadi Item Wajib
Bila Jennie muncul kat
airport, sneakers jadi pilihan tetapnya, sama ada model ikonik atau siluet kasual lain yang sesuai dengan
mood hari itu. Namun vibenya tetap sama,
chill, clean, effortless tanpa perlu terlalu mencuba untuk nampak trendy. Sneakers jadi item wajib dalam 'airport fashion' Jennie, yang sering jadi tumpuan media dan peminat.
5. Tidak Ikut Trend Semata, Cipta Gaya Sendiri
Dalam dunia sneaker culture yang sentiasa bergerak pantas, Jennie tetap berdiri dengan identitinya sendiri. Dia tidak sekadar mengejar
hype, sebaliknya memilih siluet yang benar-benar menggambarkan personalitinya. Keaslian inilah yang membezakan Jennie yang berani memakai apa yang dia suka, tanpa perlu tunduk pada jangkaan orang lain.
Jennie memilih untuk mencipta naratif fesyennya sendiri dan di situlah terletaknya keistimewaan. Dalam dunia yang sering terikat dengan trend, penyanyi lagu
Like Jennie itu membuktikan bahawa gaya paling ikonik lahir daripada keaslian diri.
- 7KLIKARTIKEL LAIN:
0 Comments