Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Talk To My Manager: Back To Glory



[Nota Kedai Kopi Bandara]

BARANGKALI seperti mana program baharu, ‘trial & error’ adalah cara terbaik untuk mencari hala tuju. Nyatanya selepas minggu ke tiga baharu lah Talk To My Manager (TTMM) dilihat berada di landasan yang wajar.


Sebagai program berorientasikan hiburan famili, TTMM telah menemui ramuan resipi yang diperlukan untuk semua. Ada nyanyian, ada persembahan, ada drama, ada komedi, ada air mata dan semua ramuan itu melengkapi TTMM sebagai program tontonan sekeluarga yang menghiburkan.

Seperti saya katakan awal dahulu, Datuk Aznil Haji Nawawi adalah ikon hos yang cukup sesuai untuk program sebegini. Dan paling baik ia diserikan dengan ulasan juri yang kena pada situasi. Mendidik dalam teguran yang menghiburkan. Tahniah untuk Datuk AC dan Cik Puan Sarimah serta Jaclyn Victor yang bijak menyusun kata-kata. Seumpama seorang guru yang menegur muridnya dengan ikhlas.

Kita sedia maklum ada peserta sekadar nyanyi biasa-biasa sahaja. Kalau bukan disebabkan mereka anak artis mana mungkin mereka akan berada di situ. Namun apabila kelemahan vokal diseimbangkan dengan konsep persembahan yang baik, maka kekurangan itu akan tenggelam sedikit dibayangi nilai persembahan yang menarik ditonton.

Membawa isu semasa seperti 'buli' adalah kempen terbaik. Sewajarnya kempen sebegini diteruskan dengan pelbagai isu semasa ditonjolkan. Sebagai sebuah program bersifat kekeluargaan, pengaruh artis dan anaknya amat perlu untuk mendidik masyarakat.

Minggu depan pasti drama TTMM pasti lebih hangat. Justeru itu saya tahu memang tidak akan ada penyingkiran semalam kerana aura Hadie menerusi lagu arwah ayahnya pasti ditunggu-tunggu.

Pihak penerbit tentunya akan menggunakan pelbagai gimik untuk terus menaikkan rating TTMM ini. Mujur Mawi tidak dijemput untuk berduet dengan Hadie, Datuk Sri Siti Nurhaliza tidak hadir dengan Cindainya untuk Amad. Kalau kedua figura ini muncul, bayangkan betapa huru hara meriahnya serta viralnya TMMM.  - 7KLIK

✍️ Nota by Jebat Iskandar
(**Penulisan ini adalah pandangan peribadi penulis semata-mata dan tidak mewakili pendirian 7Klik mahupun mana-mana pihak)


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments