Hot Posts

6/recent/ticker-posts

TESIS CINTA UNTUK B, JANNA NICK


RTM seperti biasa menjanjikan drama-drama menarik khas buat tontonan penonton setianya. Pada 7 April ini, saksikan Tesis Cinta Untuk B bersiaran pada pukul 10.30 malam di TV2.

Telemovie arahan Harris Fadzillah Abd Samad ini menggandingkan pelakon utama Janna Nick dan Erwin Dawson. Turut menampilkan Hafeez Mikail, Eyka Farhana, Hashimah Zaki dan Fauzi Nawawi.

Memaparkan tentang Bella seorang penjual gula-gula di taman merupakan seorang yang pesimis. Cantik tetapi kasar. Dia sering ternampak Azri, seorang pendiam yang bongkak dan sering membaca buku di taman. Pertemuan pertama mereka tidak mencetuskan persahabatan tetapi sebaliknya permusuhan.

Tanpa pengetahuan Bella, adiknya Baby sering keluar dengan Azri yang rupanya seorang model terkenal. Walaubagaimanapun, Azri tidak mengetahui tentang asal-usul Bella dan Baby yang tinggal dengan bapa mereka yang jahat.

Apabila mengetahui yang Baby pernah diperkosa bapa kandungnya sendiri, Azri mengherdik Baby dan keluarganya, membawa kepada pergaduhan antara Bella dan Azri. 

Namun perlahan-lahan pergaduhan itu bertukar menjadi bibit cinta, semakin mereka bergaduh, semakin mereka tertarik.

Rakan Azri iaitu Rudy merupakan anak yatim bermasalah yang baik dengan Bella juga. Rudy pada suatu petang terjumpa diari milik Bella. Dia yakin yang Diari Bella ini dapat mengubah Azri. Walau enggan, Azri mengambilnya juga.

Hari yang sama Rudy meminta pinjam wang dan ingin tidur di rumah Azri ditolak mentah-mentah. Rudy yang terpaksa bermalam di taman akhirnya dibunuh oleh bapa Bella. Azri kesal, dia juga membaca Diari Bella dan rasa terpukul kerana menghukum Bella dan Baby tanpa menyiasat hal yang sebenar.

Apabila Bella dan Baby dihalau oleh bapa mereka, Azri mengambil mereka untuk menumpang dengannya. Lalu bagaimanakah kesudahan hubungan cinta mereka?



Tesis Cinta Untuk B
Tarikh Siaran: 7 April 2018
Hari: Sabtu
Masa: 10.30 Malam  
Saluran: TV2
Arahan: Harris Fadzillah Abd Samad
Pelakon: Janna Nick, Erwin Dawson, Hafeez Mikail, Eyka Farhana, Hashimah Zaki, Fauzi Nawawi

Post a Comment

0 Comments