Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Sos Cili Pedas 'IBU' Khadijah Ibrahim Kini tembusi Pasaran Brunei


INDUSTRI Kecil dan Sederhana (IKS) di Malaysia semakin menyerlah dengan pelbagai produk tempatan yang kini menembusi pasaran antarabangsa.

Dari dapur kecil ke rak pasar raya luar negara, kisah kejayaan jenama Malaysia terus membuktikan bahawa cita rasa dan kualiti buatan tempatan mampu berdiri sama tinggi dengan jenama global.

Antara yang mencuri perhatian ialah Sos Cili Pedas IBU, hasil ilham penyanyi legenda dan usahawan tersohor, Datuk Khadijah Ibrahim.

Dalam masa hanya empat bulan selepas dilancarkan, sos ini berjaya menembusi pasar raya utama di Brunei dan menerima sambutan luar biasa daripada pengguna tempatan, satu pencapaian yang melambangkan potensi besar produk IKS Malaysia.

Menurut Khadijah, perjalanan membangunkan jenama IBU bukan sekadar tentang menghasilkan produk makanan, tetapi juga tentang membawa nilai kasih sayang dan warisan rasa Malaysia ke meja makan setiap keluarga.

“Ini bukan sekadar sos, tapi lambang rasa kasih yang dibawa dari dapur ibu. Saya percaya setiap hidangan yang dimasak dengan penuh kasih sayang akan membawa kebahagiaan. Itulah jiwa di sebalik setiap produk IBU.

"Kami ingin berkongsi rasa kasih dan keaslian masakan rumah Malaysia dengan masyarakat Brunei,” ujarnya yang juga pengasas jenama IBU.

Tambahnya lagi, jenama IBU diwujudkan sebagai simbol kasih sayang dan penghargaan terhadap warisan kulinari Malaysia, dengan harapan untuk berkongsi citarasa masakan rumah tempatan kepada masyarakat di luar negara.

Sos Cili Pedas IBU dihasilkan menggunakan bahan semula jadi terpilih tanpa pengawet tiruan, menonjolkan keseimbangan rasa pedas, masam dan manis yang sempurna, sesuai untuk selera keluarga moden yang masih menghargai sentuhan tradisi.

Siri Jelajah

Kejayaan di Brunei bukan datang sekelip mata. Sejak pelancaran rasminya, Sos Cili Pedas IBU kini boleh didapati di lebih 70 rangkaian pasar raya utama termasuk Jaya Hypermart dan Fayze Mart.

Selain sos cili, Khadijah turut memperkenalkan enam lagi produk baharu iaitu Sos Tiram, Kicap, Sos Nasi Ayam, Sos Bawang Putih, Sos Cili Padi dan Sos Cili Lemon yang akan dipasarkan ke Brunei dalam masa terdekat.


Kehadiran jenama IBU di Brunei turut dimeriahkan dengan siri jelajah promosi di beberapa lokasi utama termasuk Jaya Hypermart, Rimba Point dan Fayze Mart, Tutong.

Acara tersebut menampilkan sesi merasa produk, demonstrasi memasak secara langsung dan aktiviti interaktif bersama pelanggan, satu pendekatan mesra yang berjaya menarik perhatian ramai pengunjung.

“Kami amat menghargai sambutan hangat daripada masyarakat Brunei. Penerimaan ini membuktikan bahawa produk buatan Malaysia mampu bersaing dan berjaya di pasaran antarabangsa,” kata Khadijah.

Kejayaan Sos Cili Pedas IBU di pasaran Brunei menjadi bukti bahawa jenama yang diasaskan dengan nilai kasih, kualiti dan kejujuran mampu menambat hati pengguna di mana-mana sahaja.

Dari suara emas di pentas ke aroma masakan di dapur, Khadijah Ibrahim sekali lagi menunjukkan bahawa seni,sama ada dalam muzik atau masakan  tetap indah bila dibuat dengan sepenuh jiwa. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments