Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Marsya Q Juara Sulung Talk To My Manager


ANAK kepada penyanyi Liza Hanim iaitu Marsya Q muncul sebagai juara sulung program Talk To My Manager (TTMM) musim pertama yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.

Pemilik nama penuh Marsya Qistina, tampil penuh karisma di pentas akhir dengan persembahan mantap menerusi lagu Biar Mati Rasa Itu, nyanyian asal Aina Abdul untuk segmen solo, sebelum memukau juri dan penonton dengan Lay Me Down (Sam Smith) secara duet bersama Aisha Retno.

Kemenangan tersebut melayakkan bintang berusia 22 tahun itu membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000, trofi, serta single baharu di bawah terbitan Rocketfuel.

“Syukur Alhamdulillah atas rezeki ini. Terima kasih kepada semua yang nampak potensi saya dan paling penting, mama,” ujar Marsya sedikit emosi sebaik diumumkan sebagai juara.

Pentas Grand Final turut menyaksikan Thalita dan Shuib merangkul gelaran naib juara dengan membawa pulang RM15,000 dan trofi.

Di tempat ketiga pula dimenangi Auddra dan Sharifah Shahirah yang menerima RM10,000 serta trofi. Pasangan ini juga menerima anugerah Gempak Most Valuable Manager, bersama baucar membeli-belah bernilai RM2,000.

Sementara itu, Ameng dan Ammar, Ina Naim dan Hadie serta Siti Saerah dan Amad pula masing-masing menduduki tempat keempat, kelima dan keenam.

Kesemua peserta yang bertanding diadili barisan juri profesional yang terdiri daripada Datuk AC Mizal, Che Puan Sarimah selaku juri tetap, manakala Datuk Syafinaz Selamat hadir sebagai juri jemputan untuk malam kemuncak.

Selain enam finalis tersebut, TTMM turut disertai pasangan Ara Aziz dan Aziz M. Osman serta Thalia dan Sharifah Zarina.

TMMM yang dihoskan oleh Datuk Aznil Nawawi itu disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) serta boleh distrim di Astro Go pada setiap Ahad, pukul 9 malam bermula 12 September lalu. - 7KLIK

Markah dan Kedudukan Finalis

1. Masrha Q & Liza Hanim - 84.83%
2. Thalita & Shuib - 75.08%
3. Auddra & Sharifah Shahirah - 72.92
4. Ammar Haikal & Ameng - 72.17%
5. Hadie & Ina Naim - 63.33%
6. Amad & Siti Saerah - 52.17%


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments