SEPARUH akhir Talk To My Manager (TTMM) berjaya tampilkan kemeriahan dan haru biru kalutnya. Enam artis ke final wajar demi meneruskan fenomena yang sedang meniti viral sana sini.
Mana mungkin Auddra atau Hadie tersingkir bukan? Keduanya pemanis asam garam ajinomoto TTMM. Tanpa keduanya, TTMM akan hambar.
Meskipun di selekoh terakhir Ammar dan Marsya Q membuat pecutan meninggalkan Amad dan Thalita, impak drama Hadie dan Auddra bersama kedua ibu mereka perlu amat untuk rating dan tarikan komersil TTMM.
Sebenarnya untuk sesebuah produk baharu, sesuatu yang sentiasa diperkatakan sama ada baik atau buruk adalah sesuatu yang perlu untuk kekal relevan.
Justeru siapa hebat menyanyi seperti Marsya, Amad atau Thalita tidak penting lagi. Agenda utama keenam mereka itu ada nilai komersil anak artis yang wajib ada di pentas akhir. Nokhtah.
Lihat sendiri tentang battle nyanyian antara Amad dan Thalita, Hadie dan Marsya serta Ammar dan Auddra. Kita akan nampak betapa ‘meriahnya’ malam final nanti.
Inilah agenda yang sewajarnya ada dalam branding sesebuah program atau produk baharu. Memberikan kejutan, drama, plot twist adalah intipati untuk penonton kekal menonton dan tertunggu-tunggu apa, bagaimana dan siapa yang akan menjadi tumpuan seterusnya.
TTMM secara jujurnya telah berjaya mencipta momentum dan fenomena tersendiri. Didukungi Datuk Aznil bersama Datuk AC Mizal dan Che Puan Sarimah, mereka saling melengkapi permainan agenda hiburan seisi keluarga program ini.
Apa-apapun Amad, Marsya dan Thalita boleh menarik nafas selepas ini. Ketiga-tiga mereka hanya perlu digilap lebih sedikit lagi untuk bergelar penyanyi sebenar.
Manager mereka pasti tahu apa yang perlu dibuat selepas habis TTMM. Ammar, Hadie dan Auddra tetap ada tempat di bidang seni ini, cuma perlulah bekerja lebih sedikit, agar bakat utama anda lebih menonjol. - 7KLIK
✍️ Nota by Jebat Iskandar
(**Penulisan ini adalah pandangan peribadi penulis semata-mata dan tidak mewakili pendirian 7Klik mahupun mana-mana pihak)
ARTIKEL LAIN:
0 Comments