Dokumentari khas ‘Misi Kembalikan Kuasa Kenyir’ terbitan TV3 raih pengiktirafan antarabangsa di Anugerah Televisyen Asia ke-28


DOKUMENTARI khas Misi: Kembalikan Kuasa Kenyir terbitan TV3 dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) muncul sebagai pemenang Program Dokumentari Terbaik di Anugerah Televisyen Asia ke-28 (28th Asian Television Awards) yang berlangsung di Ho Chi Minh, Vietnam baru-baru ini.

Pencalonan dokumentari berkenaan ini telah meletakkannya sebaris dengan program terbitan luar negara seperti SBS dari Korea, Coupang Play (Korea), Shanghai Media Group (China) dan China Global Television Network (China).

Kemenangan tersebut merupakan anugerah antarabangsa kedua diterima, hasil kerjasama dengan TNB. Terdahulu, Misi: Kembalikan Kuasa Kenyir” itu telah memenangi anugerah gangsa Kategori Program Faktual Terbaik Terbitan Asia di Content Asia Awards 2023 di Bangkok, selain menjadi pemenang utama Anugerah Media Penyiaran Televisyen & Video Dalam Talian (Berita & Dokumentari) di Anugerah Media Pembinaan CIDB 2023 (Malaysia).  - 7KLIK


[FOTO: TV3]

Post a Comment

Previous Post Next Post