Hot Posts

6/recent/ticker-posts

K-Drama Snap and Spark, Our Love Triangle eksklusif di Tonton


TONTON membawakan secara eksklusif dua K-drama baharu, Snap and Spark dan Our Love Triangle bermula  Januari.

Snap and Spark merupakan drama bersiri remaja yang mengisahkan senario pelajar di HanKuk High School of Arts yang sentiasa ingin berada di status sosial yang tinggi apabila jumlah penerimaan ‘likes’ di akaun media sosial Moon Ye-Ji menjadi ukuran populariti mereka.

Perjalanan mereka dalam fasa remaja yang mengalami pelbagai emosi, selain keinginan untuk berjaya dan mendambakan cinta di usia yang sedang mengenali dunia orang dewasa.

Drama ini menampilkan barisan pelakon yang terdiri daripada Woo Yeon, Jeon Geon Hu, Kang Min, Seo Soo Hee, E.JI & Lee Jin Woo.

Bermula 30 Januari pula, penonton boleh menstrim drama Our Love Triangle pada waktu sama dengan siaran dari Korea.

Dibintangi oleh idol K-Pop popular iaitu Gong Chan daripada B1A4, Sei (Weki Meki) dan Jiwon (Cignature), drama itu mengisahkan tentang Hae Lin, seorang pelajar universiti yang berhadapan dengan kemelut cinta yang rumit.

Hae Lin mula menyukai Woo Jin selepas bergandingan dengannya dalam persembahan teater di majlis sambutan pelajar baharu. Pada masa yang sama, Eun Hwan yang merupakan crush Hae Lin ketika zaman persekolahan telah kembali ke universiti.

Eun Hwan kembali menyambung pelajaran di universiti selepas tamat khidmat tentera selama dua tahun. Eun Hwan ingin menjalin semula hubungan cinta dengan Hae Lin tetapi hati Hae Lin juga terpaut dengan Woo Jin.

Selain K-drama Eksklusif di Tonton, pengguna boleh menikmati himpunan drama Korea popular dan program hiburan dari tvN sepanjang bulan Januari ini.

Antaranya My Happy Ending lakonan Jang Na-Ra, Son Ho-Jun, So E-Hyun, Lee Ki-Taek, Yumi’s Cells  Kim Go-Eun dan Ahn Bo-Hyun dan EXchange 3, program realiti di mana empat bekas pasangan kekasih dalam usaha mencari pasangan hidup baharu atau memperbaiki hubungan lalu mereka.

Strim secara langsung melalui saluran tvN di Tonton dan ‘catch up’ episod yang terlepas di aplikasi atau laman web Tonton.  - 7KLIK



[FOTO: Tonton]

Post a Comment

0 Comments