Hot Posts

6/recent/ticker-posts

SSDU Innovations, kongsi kepakaran pengangkutan pintar dengan Delegasi Ulaanbaatar


PIHAK Berkuasa Tempatan Ulaanbaatar, Mongolia telah mengadakan satu sesi lawatan ke Selangor dan Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) Innovations Sdn Bhd sebagai salah satu agenda Capability Building untuk program Intelligent Transport System (ITS) Study Tour and Training.

Delegasi Mongolia itu diketuai oleh Deputy Coordinator of Ulaanbaatar Sustainable Urban Transport Project, Mr. Zolboo Baterdene selama tiga hari, bermula 18-20 Disember lalu.

Sepanjang tempoh tersebut, Delegasi Ulaanbaatar diberikan taklimat oleh SSDU dan rakan-kerjasama yang merangkumi perkongsian pengalaman SSDU di dalam melaksanakan inisiatif-inisiatif berkaitan pengurusan pengangkutan pintar termasuklah impak yang diperoleh rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor, perkongsian kaedah pelaksanaan dan teknologi-teknologi yang diguna pakai serta pengoperasian pusat pemantauan dan kawalan.

Selain itu, Delegasi Ulaanbaatar juga memperoleh pengalaman di lapangan berkaitan pengurusan pengangkutan awam, penggunaan aplikasi seperti Selangor Intelligence Transport System (SITS) dan aplikasi Scan-To-Ride (STR), termasuk berpeluang merasa pengalaman menaiki Bas Smart Selangor dan perkhidmatan mikro mobiliti.

Menurut Pengarah Urusan SSDU, Ahmad Akmal Hamzah, sesi perkongsian yang berjalan selama tiga hari itu merupakan satu batu loncatan kepada SSDU sebagai penyelaras program bandar pintar Smart Selangor.

“Ini adalah satu kejayaan buat Kerajaan Negeri Selangor dan juga SSDU khususnya apabila kita menjadi rujukan dalam pelan pembangunan Pengurusan Pengangkutan Pintar oleh pihak Ulaanbaatar, Mongolia,” katanya.  - 7KLIK


Post a Comment

0 Comments