Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Politik, muzik Fariz Hazurin untuk dekati masyarakat


KERJAYA sebagai ahli politik memerlukan Datuk Seri Fariz Hazurin mendekati pelbagai lapisan masyarakat, daripada tua sehingga ke paling muda.

Tidak mahu terikat dengan pendekatan streotaip, Fariz memilih platform muzik untuk mendekati masyarakat.

Selepas tampil dengan single Bangkit bersama penyanyi Fhan pada awal tahun lalu, Fariz sekali lagi meneruskan kolaborasi bersama bintang muda itu dengan karya terbaharu dari genre Hip Hop, berjudul Subang yang juga merupakan tempat dia berkhidmat dan menyumbang jasa selama ini.


Bagi Fariz, menjadi 'rapping politician' membuatkan dia lebih mudah mendekati dan menjiwai dilema anak muda memandangkan genre muzik itu begitu dekat di hati anak muda.

“Setiap genre muzik ada karakternya yang tersendiri dan melalui hip hop, setiap tempo, nada dan patah liriknya memberi peringatan dan pesanan kepada orang ramai," jelasnya.  - 7KLIK


Post a Comment

0 Comments