| Pengasas soora Miguhara, Fatin Alawiah (tiga dari kiri) bersama Top 5 Radiant Women Soora Miguhara 2026; Dr Fie Tawfek, Mek Dinda, Ika Nabila, Mimi Haris dan Nabila Razali |
SETIAP wanita mempunyai perjalanan hidup yang berbeza. Ada yang membina kerjaya daripada bawah, ada yang mengimbangi tanggungjawab sebagai ibu dan wanita bekerjaya, manakala ada juga yang menjadi inspirasi menerusi keberanian bangkit menghadapi pelbagai cabaran.
Kisah-kisah inilah yang menjadi nadi kepada Soora Miguhara Radiant Women 2026, sebuah acara yang meraikan lima figura wanita atas pengaruh positif serta pencapaian mereka dalam bidang masing-masing.
Berlangsung di Aurum Theatre, The Gardens Mall, majlis itu bukan sekadar menghargai kejayaan, tetapi turut mengetengahkan nilai ketabahan, keyakinan dan semangat yang membentuk kecantikan dari dalam diri. Ia sekali gus membuktikan bahawa sinar seseorang wanita tidak hanya terletak pada penampilan, sebaliknya pada perjalanan serta impak yang ditinggalkan kepada masyarakat.
Lima nama dipilih sebagai Top 5 Radiant Women Soora Miguhara 2026, ialah Dr Fie Tawfek, Mek Dinda, Ika Nabila, Mimi Haris dan Nabila Razali.
Meskipun hadir daripada latar belakang berbeza, mereka berkongsi persamaan sebagai wanita yang berjaya mencipta pengaruh positif menerusi kerjaya, pengalaman hidup dan dedikasi terhadap bidang yang diceburi.
Lima Kisah, Satu Inspirasi
Dr Fie Tawfek menerima pengiktirafan atas sumbangannya dalam bidang kesihatan dan keusahawanan, manakala Mek Dinda pula dikenali kerana kejayaannya membina nama dalam dunia kecantikan digital.
Bagi pelakon Ika Nabila, pengiktirafan itu mencerminkan konsistensinya dalam dunia seni di samping perkongsian mengenai keibubapaan yang sering mendapat perhatian ramai. Mimi Haris pula terus menyerlah sebagai pengacara dan penyanyi yang berjaya mengimbangi kerjaya serta tanggungjawab sebagai seorang ibu.
Turut tersenarai ialah Nabila Razali yang kekal relevan dalam industri hiburan menerusi disiplin dan komitmennya terhadap kerjaya. Perjalanan seninya menjadi bukti bahawa seseorang wanita mampu mengejar impian tanpa mengenepikan tanggungjawab dalam kehidupan peribadi.
Selain meraikan lima figura berkenaan, majlis sama turut menyaksikan pelancaran MIGUHARA Vita Shine Intensive Cream, produk penjagaan kulit terbaharu daripada Soora Miguhara. Kehadirannya melengkapkan acara yang mengangkat tema keyakinan diri dan penjagaan kulit sebagai sebahagian daripada gaya hidup wanita moden.
Krim ini diformulasikan untuk membantu mencerahkan kulit kusam, meratakan tona, serta mengurangkan penampilan bintik gelap. Dalam masa sama, ia turut memberikan kelembapan yang diperlukan agar kulit kekal lembut, sihat dan tampak lebih segar berseri.
Lebih daripada sekadar sebuah majlis penghargaan, Radiant Women 2026 menjadi ruang untuk meraikan wanita yang terus melangkah dengan keyakinan, sama ada dalam kerjaya, keluarga mahupun kehidupan peribadi. Ia turut mengingatkan bahawa setiap perjalanan mempunyai cabarannya sendiri, dan keberanian untuk terus bangkit itulah yang menjadikan seseorang benar-benar bersinar. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
- Kim Myung Soo Bawa Aura Musim Panas Bersama Koleksi Fossil di IOI City Mall
- Kempen 'Sayang, Kan?' Ajak Masyarakat Berhenti Menilai, Mulakan Memahami
- Soora Miguhara Glow & Flow Inspirasi Kecantikan Dari Dalam Diri
0 Comments