Hot Posts

6/recent/ticker-posts

TV9 BAWAKAN SECARA LANGSUNG PERLAWANAN PERSAHABATAN ANTARA MANCHESTER UNITED DAN LIVERPOOL



BAGI menghangatkan suasana pra musim Liga Perdana Inggeris, TV9 akan membawakan secara langsung perlawanan persahabatan antara Manchester United dan Liverpool khas buat peminat fanatik kedua-dua pasukan tersohor The Red Devils dan The Reds ini pada 12 Julai 2022, Selasa, pukul 8.30 malam.

Perlawanan yang akan diadakan di Stadium Rajamangala, Bangkok ini akan menampilkan Hasnida Hanim dan Fariz Zolkarnain selaku hos utama dan ditemani Hanif Miswan sebagai pengulas pada malam perlawanan tersebut.

Untuk menyemarakkan lagi perlawanan 'panas' ini, TV9 turut menjemput Datuk Khairul Anwar Salleh selaku Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima, Seelan Paul, Ketua Pegawai Eksekutif ntv7 dan Raf Yaakob, Presiden Kelab Penyokong Manchester United Malaysia.

“Saya amat teruja untuk perlawanan ini, walaupun ia cuma perlawanan persahabatan, setiap perlawanan menentang Liverpool adalah penting dan wajib menang. Malah, saya lebih teruja apabila perlawanan ini akan disiarkan di TV9. Dengan ulasan dan perbincangan di dalam Bahasa Melayu, saya merasakan ia akan lebih dekat dengan penonton di Malaysia.

"Semoga di masa akan datang, TV9 akan menyiarkan lebih banyak program sukan yang menarik dan terkini untuk tontonan seluruh rakyat Malaysia,” ujar Datuk Khairul Anwar Salleh.


Sementara itu menurut peminat tegar The Reds Liverpool, Seelan Paul yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, ntv7;

“Setiap permulaan musim, kita sebagai penyokong tentu sekali dilanda pelbagai perasaan. Untuk peminat Liverpool, dengan kehilangan Sadio Mane dan Divock Origi pasti meninggalkan impak tetapi kesinambungan Mo Salah dan pemain baharu seperti Darwin Nunez akan membuatkan kita menjadi teruja kembali.

"Tambahan pula bertemu musuh tradisi Manchester United, pra-musim ini pasti hangat seperti biasa. Saya harap untuk menonton perlawanan yang sengit ini di TV9 dan semestinya, YNWA menang,” katanya.


Saksikan aksi pertembungan menarik di antara 2 kelab gergasi Inggeris yang terdiri daripada pemain berkelas dunia antaranya Cristiano Ronaldo, Marcus Rashford, David De Gea, Jadon Sancho dan Bruno Fernandes yang mewakili Manchester United serta pemain Liverpool iaitu Allison Becker, Roberto Firmino, Mohamed Salah, Virgil van Dijk dan Luis Diaz. 

Pastikan anda bersama kami di TV9 bagi menyaksikan dua pasukan tersohor dunia Manchester United melawan Liverpool  pada 12 Julai 2022, Selasa, pukul 8.30 malam dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my. 


[KREDIT: TV9]


Post a Comment

0 Comments