2 Jan 2021

BAKUL TELUR EMAS BAGI TIPS PENGURUSAN KEWANGAN DIRI, KEUARGA


RTM berkongsi ilmu berkaitan kewangan dan pelaburan menerusi program majalah terbaharu berkaitan pengurusan kewangan diri dan keluarga, Bakul Telur Emas.

Program berkaitan kewangan dan pelaburan ini antara program terbaik dijanjikan RTM pada permulaan tahun baharu 2021 yang lebih mencabar ini.

Realitinya orang berjaya banyak menghabiskan masa mereka dengan meluangkan masa menambah pengetahuan dan ilmu dalam setiap bidang pelaburan termasuk saham, hartanah dan lain-lain.

Walaupun tiada jaminan untuk seseorang itu menjadi kaya selepas menonton program ini, tapi ia boleh menjadi asas dan panduan yang baik dalam pengurusan kewangan.

Menemui penonton mulai 6 Januari ini, setiap Rabu dan Khamis, jam 6 petang di TV1, 13 episod program ini menampilkan Nazril Idrus sebagai hos yang bakal wawancara pakar-pakar perunding bidang kewangan.  

Menarik dikongsikan dalam topik Duit Dalam Kocek yang menjelaskan jumlah pendapatan rakyat Malaysia berbanding perbelanjaan, Abang Pencen Bergaya tentang persediaan kewangan bagi pesara, Payung Sebelum Ribut berkaitan pengurusan risiko, Kait Jaring Keselamatan tentang cabaran yang mengganggu pengurusan kewangan dan aliran tunai seseorang, Yang Ditunggang, Menunggang merupakan topik episod rancangan kali ini yang berkaitan dengan kereta serta pinjaman dengan pihak bank.

Sementara itu dalam tajuk Berteduh Bukan Bergaduh tentang pemilikan hartanah, Sekeping Kad Berbunga topik tentang kad kredit yang ditawarkan bank, Tak Salah Berhutang bersama wakil Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) mengupas topik berkaitan pengurusan hutang, Tabung Kapal Terbang berkaitan perancangan untuk mengembara, Puaka Saka Pusaka tentang harta pusaka yang tidak dituntut, Ditutup Bercampur-campur iaitu pelaburan bagi menggandakan kewangan seseorang dan tajuk Rezeki Baik Dikongsi berkaitan isu cukai pendapatan oleh seorang wakil dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). 

Tambahkan juga pengetahuan anda tentang pelan perlindungan juga mampu menjana perdapatan bulanan sebagai persediaan di usia emas, tabung kecemasan di instrumen kalis inflasi dan menyimpan dalam bentuk emas, pelaburan hartanah boleh mendatangkan hasil sekiranya dilakukan dengan cara yang betul, dan disiplin diri memainkan peranan yang penting dalam pengurusan kewangan melalui penggunaan kad kredit.

Ada juga perkongsian tips untuk menjana pendapatan melalui empat kaedah tertentu, kaedah dalam membuat perancangan harta pusaka serta tip-tips untuk memudahkan pengurusan harta tersebut, kaedah untuk menyediakan dana persaraan sebanyak RM1 juta dengan menabung menerusi pelaburan yang betul dan juga sistem percukaian negara perlu diterapkan sejak di bangku sekolah lagi supaya pengurusan kewangan mula dipelajari pada usia muda.


Bakul Emas

Bahasa: Melayu
Episod: 13         
Hari: Setiap Rabu dan Khamis (Mulai 6 Januari)
Masa: 6 petang
Saluran: TV1
Terbitan: RTM       
Pengacara: Nazril Idrus 


[KREDIT: RTM]

Tiada ulasan:

Catat Komen