3 Jan 2021

MUZIK VIDEO RASMI TENTU, ZIZI KIRANA



SINGLE Tentu nyanyian Zizi Kirana yang diterbitkan di bawah projek Joox Originals Super Producer telah dilancarkan pada Oktober lalu ternyata mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan daripada pendengar muzik tanah air.
 
Terbaru, muzik video rasmi single Tentu dilancarkan kepada umum mulai semalam, 2 Januari 2021. Semestinya penerbitan terbaik daripada Joox Malaysia.

Lagu Tentu ciptaan Zizi sendiri bersama Somean, Gnello, dan AJ menghanyutkan peminat muzik menerusi lirik yang mencerminkan pemerhatian dan pandangan Zizi Kirana mengenai kejadian semasa di seluruh dunia.

Menurut Zizi, tahun 2020 telah menjadi tahun yang paling mencabar buatnya, bukan hanya kerana pandemik Covid-19, tetapi juga kerana pemergiaan rakan baiknya, Sandra Dianne yang meninggal dunia pada 11 September tahun lalu.
 


TENTU
by Zizi Kirana
(Joox Originals) 

Kadang ku senyum 
Senyum melihat kamu 
Kadang ku tak menentu 
Senyum ku tak bertentu
 
Kadang tersenyum 
Lihat masa berlalu 
Perkara yang berlaku 
Keadaan celaru 
Tahu tapi tak putus asa 
Jatuh bangkit walau ku susah 
Pejam mata mula semula 
Hati resah yang sementara 
Harap pulih jua 
Kadang ku senyum 
Senyum melihat kamu 
Kadang ku tak menentu 
Senyum ku tak bertentu 
Kadang ku senyum 
Senyum melihat kamu 
Kadang ku tak menentu 
Senyum ku tak bertentu 

Tak biasa 
Dengan keadaan dunia 
Dalam keadaan semasa 
Apa yang ku lihat di massa 

Banyak yang berubah 
Jadi sumpah tak ku sangka 
Nasib ku mula berubah 
Namun semua dah dijangka 
Aku mulakan langkah 

Aku tetapkan arah 
Biar ku melangkah 
Seperti dulu kala
 
Kembalikan 
Dunia ku yang dulu 
Yang tak diganggu 
Dunia yang ku rindu 
Ku harungi waktu
Ohh..
 
Kadang ku senyum 
Senyum melihat kamu 
Kadang ku tak menentu 
Senyum ku tak bertentu

Penyanyi: Zizi Kirana 
Lirik: Somean, Gnello & AJ 
Komposer: Somean, Gnello, AJ & Zizi Kirana 

Tiada ulasan:

Catat Komen