Hot Posts

6/recent/ticker-posts

MALAM TRADISI SASTERA RAKYAT


MALAM Tradisi Sastera Rakyat (MTSR) merupakan sebuah projek ini dianjurkan oleh mahasiswa yang mengikuti kursus BBK 3305: Kesusasteraan Rakyat Melayu daripada program Bachelor Sastera, Kesusasteraan Melayu di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi dan pelajar Bachelor Pendidikan, Pengajian Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pertama di Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.

MTSR yang ke-34 ini diusahakan sebagai memenuhi keperluan tradisi keilmuan, khususnya dalam mengkaji dan menghayati Kesusasteraan Rakyat Melayu. Program ini diadakan pada setiap tahun untuk menggalakkan mahasiswa menghargai folklore Melayu melalui pentas persembahan MTSR ini terbukti mempunyai daya tarikan dan keunikan yang tersendiri sehingga memberi banyak manfaat keoada mahasiswa yang mengikuti kursus ini. 

Bahkan persembahan yang dipentaskan pada setiap tahun ini menjadi kebanggaan warga Universiti Putra Malaysia. Cerita yang dipaparkan pula diambil daripada bahan sastera rakyat yang popular dan amat digemari sehingga kini.

Di samping itu juga, program ini bermatlamat untuk mencapai objektif yang direncanakan dan membentuk mahasiswa yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek.

MTSR ini akan memberikan hasil pembelajaran kepada mahasiswa dimana mahasiswa dapat menilai konsep kesusasteraan rakyat Melayu  dalam tradisi lisan. Di samping itu, mahasiswa dapat mengubahsuai karya kesusasteraan rakyat Melayu untuk di persembahkan serta mahasiswa juga dapat mementaskan persembahan kesusasteraan rakyat Melayu.
Impak program ini kepada mahasiswa adalah dapat memantapkan pemahaman pelajar berkaitan ilmu sastera rakyat dengan lebih mendalam dan bukan hanya sekadar mempelajarinya secara teori di dalam kelas. 

Usaha pelajar dalam menjayakan teater berkaitan sastera rakyat Melayu merupakan satu proses pembelajaran yang amat ditekankan agar mereka dapat menghayatisastera rakyat Melayu secara terperinci. 

Selain itu, melahirkan pelajar yang memiliki ketujuh-tujuh kemahiran insaniah (KI) di samping dapat memantapkan diri dalam bidang akademik melalui aktiviti-aktiviti yang mampu untuk mengukuhkan pengetahuan secara langsung dalam bidang kesusasteraan rakyat Melayu dalam kalangan pelajar kursus tersebut. 




Mahasiswa mampu untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan baik sama ada antara ahli jawatankuasa mahupun pihak-pihak luar yang terlibat sepanjang perjalanan program. Selain itu, pelajar dapat diperkenalkan dengan suasana persekitaran yang baharu serta mampu untuk merangsang kebolehan untuk menonjolkan sifat kepimpinan dan integrity di peringkat yang lebih tinggi. 

Para pelajar di beri peluang untuk bekerja dalam pasukan serta bersama-sama menggembleng tenaga untuk menjalankan tugas seperti yang yelah diamanahkan. Secara holistiknya, para pelajar mampu untuk menguasai ketujuh-tujuh Kemahiran Insaniah (KI) seperti yang telah diberi penekanan oleh pihak Universiti

Di samping itu, Malam Tradisi Sastera Lisan juga memberikan impak yang positif kepada masyarakat dan komuniti agar dapat memahami konsep sastera rakyat dan dapat memahami dan menghayati sastera rakyat yang terdapat di negara kita. 

Impak positif juga dapat diberikan kepada negara di mana Malam Sastera Rakyat dapat menjana idea-idea baru dalam kalangan pelajar dan juga mahasiswa dalam membantu untuk memajukan dan menjaga kepentingan dan kekayaan nilai sastera Melayu yang ada di Negara kita.

Pementasan ini akan dilakukan oleh pelajar dari Kursus BBK 3305 (kesusasteraan Melayu) dan bakal dipentaskan pada hari rabu iaitu 05 Disember 2018, jam 8:00 malam di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia, serdang, Selangor Darul Ehsan. Dengan jumlah pelajar sebanyak 80 orang.
Semoga dengan program Malam Tradisi Sasatera Rakyat (MTSR) ke-34 ini, pelajar yang terlibat akan menjadi mahasiswa yang serba boleh dan mampu memikul sebarang tanggungjawab, di samping menjadi penjana generasi muda yang berfikiran kreatif dan imaginative. 

Melalui berkat kerjasama, sokongan, dan iltizam yang tinggi khususnya daripada mahasiswa yang mengikuti kursus BBK 3305, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Fakulti Pengajian Pendidikan, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, para pelajar, penasihat, pensyarah, dan orang perseorangan baik secara langsung atau tidak langsung akan dapat membantu  kelancaran dan kejayaan program, terutamanya dalam menaikkan taraf citra sastera dan budaya tanah air dengan gemilang.



Pementasan Teater Lagenda Cik Siti Masyhur

Merupakan sebuah kisah legenda yang berasal dari Negeri Johor. Kisah tentang Cik Siti Aminah yang dikatakan berasal dari salah sebuah negeri di Pantai Timur, namun dibesarkan oleh sebuah keluarga angkat yang merupakan keturunan Bangsawan Bugis di Kota Tinggi Johor.
Cik Siti Aminah mempunyai rupa paras yang cantik dan tiada tolok bandingnya di Kampung Tembioh di Kota Tinggi. Dia digilai semua lelaki yang pernah melihat wajahnya. Ibu bapa angkatnya yang bimbang akan keselamat dan kesucian Cik Siti Aminah, telah memberi ilmu pendinding bagi mengelakkan dirinya dari ancaman lelaki jahat yang ingin mengambil kesempatan ke atas dirinya. 

Malang sekali Cik Siti Aminah telah melanggar pantang larang ilmu tersebut. Dia telah menderhaka pada ibu angkatnya dan menyebabkan kematian ibu angkatnya itu, disebabkan perlanggaran pantang tersebut, setiap lelaki yang dikahwini oleh Cik Siti Aminah akan mati keesokan harinya dengan kesan gigitan haiwan berbisa. Kejadian pelik itu berlaku berulang kali pada setiap kali perkahwinannya.




Setelah 99 otang lelaki gagal dalam perkahwinan dengan Cik Siti Aminah, seorang lelaki separuh abad umurnya bernanama Habib yang dikatakan mempunyai ilmu agama yang tinggi serta ilmu kebatinan telah meminang dan berkahwin dengannya. Habib telah Berjaya mengawal ilmu Kunci Nafsu yang diamalkan oleh Cik Siti Aminah. 

Akhirnya perkahwinan Cik Siti Aminah kali yang ke seratus ini Berjaya dan kekal hingga akhir hayat. Namun begitu,mereka tidak dikurniakan anak kerana Cik Siti Aminah telah lanjut usia dan tidak mampu mengandung dan melahirkan anak.

Disebabkan bilangan bekas suami Cik Siti Aminah terlalu ramai, dia telah digelar oleh orang kamoung dengan panggilan Cik Siti Masyhur atau Cik Siti Jalang.


[KREDIT INFO & FOTO: Ewan Deen]

Post a Comment

0 Comments