Hot Posts

6/recent/ticker-posts

ALERT, ELAKKAN KEMALANGAN, TINGKATKAN PENGETAHUAN


JIKA anda terlibat dalam situasi berbahaya atau kecelakaan, apakah yang akan anda lakukan? Adakah anda peka dengan keadaan sekeliling dan bersedia? 

Masyarakat kita masih kurang diberi kesedaran tentang bagaimana mahu menangani situasi panik dan tidak terduga jika dilanda bahaya dan bencana. Keselamatan adalah amat penting dan perlu dititikberatkan dalam kehidupan kita tidak kira di rumah mahupun di tempat kerja dan awam.

Menerusi program majalah terbaharu TV3, Alert tampil memberi pendedahan, tip keselamatan, langkah-langkah pencegahan dan cara bagaimana untuk merawat dan menyelamatkan diri jika jatuh sakit, terlibat dengan insiden berbahaya atau bencana alam. Alert yang akan bersiaran mulai 7 Julai ini dihoskan oleh Sarah Adiba Yusoff yang berpengalaman mengacarakan rancangan 999 sebelum ini.




Adalah penting untuk kita mengetahui apakah langkah-langkah yang perlu diambil jika anda ditimpa kemalangan atau bencana. 

Menerusi program ini, Alert akan menunjukkan cara-cara yang boleh diaplikasi oleh orang awam untuk menyelamatkan diri jika berada dalam situasi cemas dan tidak terjangka dengan nasihat dan tunjuk ajar badan-badan beruniform di Malaysia seperti Bomba, Persatuan Sukarelawan Pencegahan Api dan Menyelamat (MVFRA) dan agensi-agensi kerajaan yang lain. 

Selain itu, Sarah juga akan turut memberi penjelasan dan mencuba petua mahupun kaedah yang viral di laman sosial bagi membuktikan kebekersanannya dalam menyelamatkan diri. 




Antara topik-topik menarik yang akan dikongsikan dengan para penonton dalam Alert ialah kebakaran cara-cara, kemalangan jalan raya, keselamatan dalam penerbangan, kejutan elektrik, keganasan rumah tangga, penderaan kanak-kanak, banjir, lemas, suntikan vaksin, kes ragut, gempa bumi, tsunami, penculikan kanak-kanak, penipuan, serangan haiwan berbahaya, kes penipuan dan penggunaan ubat-ubatan. 

Jadi bagi anda yang mahu mempersiapkan diri dengan teknik asas menyelamatkan diri, menghadapi bencana dan bahaya, Alert pastinya menjadi pilihan anda! Jangan lupa tonton Alert, pada setiap hari Sabtu, jam 6.30 petang di TV3!. 


[KREDIT: TV3]

Post a Comment

0 Comments