JULAI 2026 menjanjikan deretan kandungan baharu yang cukup pelbagai di Disney+, daripada dunia adiwira mutan yang penuh konflik, drama Korea sarat misteri, sehinggalah filem ikonik yang kembali dengan sentuhan moden. Dengan pilihan yang semakin luas, penonton boleh menjangkakan bulan yang penuh emosi, aksi dan kejutan di setiap sudut.Berikut antara senarai tontonan yang bakal mencuri perhatian sepanjang Julai ini.
X-Men ’97: Musim 2Tayangan: 1 Julai
Pelakon: Ross Marquand, Matthew Waterson, Ray Chase, Jennifer Hale dan ramai lagi
Musim kedua X-Men ’97 menyaksikan pasukan mutan ikonik ini berpecah dan tercampak merentasi era masa yang berbeza. Dalam usaha untuk kembali bersatu, mereka berdepan cabaran besar apabila dunia 1990-an semakin tegang dengan kebangkitan musuh baru serta gelombang diskriminasi mutan yang semakin membimbangkan selepas kehilangan mereka.
The Husband: Musim 1
Tayangan: 4 Julai
Pelakon: Namkoong Min dan Lee Sul
Apa yang bermula sebagai perkahwinan bahagia antara Taeju dan Seyun akhirnya berubah menjadi hubungan penuh konflik. Selepas empat tahun perkahwinan yang hambar, Taeju, seorang pakar bedah saraf nekad untuk berpisah. Namun, keadaan menjadi lebih rumit apabila Seyun hilang secara misteri sehari selepas permintaan cerai itu dibuat, menjadikan Taeju suspek utama dalam kes tersebut.
A Shop for Killers: Musim 2
Tayangan: 22 Julai
Pelakon: Lee Dongwook, Kim Hyejun, Hyunri dan Masaki Okada
Apabila Jian mengawal kedai tersebut dan Jinman kembali dari kematian, pasukan ini melancarkan serangan balas terhadap organisasi BABYLON. Namun, pihak musuh tidak berdiam diri, mereka membawa masuk pembunuh upahan antarabangsa bagi membina semula kekuatan dan membalas dendam dengan lebih kejam.
The Devil Wears Prada 2
Tayangan: 29 Julai
Pelakon: Meryl Streep, Anne Hathaway, Emily Blunt, Stanley Tucci, Simone Ashley dan ramai lagi
Dua dekad selepas filem asal mencipta fenomena, Miranda, Andy, Emily dan Nigel kembali ke dunia fesyen New York yang penuh glamor. Kali ini, Runway Magazine kembali menjadi pentas utama dalam kisah yang lebih moden, matang dan sarat dengan dinamika kuasa serta gaya.
Misteri & Dokumentari Pilihan
●
Abandoned (Musim 1): 1 Julai
●
Pompeii: Out of Time with Tom Hiddleston (Musim 1): 23 Julai
●
The Fox Hollow Murders (Musim 2): 8 Julai
●
Furious (Musim 1): 27 Julai
Kandungan ini membawa penonton menyelami kisah benar, tragedi sejarah dan penyiasatan yang penuh twist serta ketegangan yang tidak dijangka.
Sorotan Utama: Momen Menarik untuk Ditonton
●
Sports Illustrated Swimsuit Runway Show: 3 Julai
●
Dancing with the Stars: Next Pro Dancer: 14 Julai
●
Doctor on the Edge (Finale Episod 12): 7 Julai
●
2026 LoL KeSPA Cup (Musim 2): 30 Julai
Daripada pentas fesyen hingga dunia e-sukan, segmen ini menjanjikan momen besar yang pasti mencuri perhatian peminat.
Wild Cards: Pilihan Ringan untuk Hiburan Santai
●
Ready or Not 2: Here I Come: 2 Julai
●
Descendants: Wicked Wonderland: 17 Julai
●
Hammerhead Sharks Up Close with Bertie Gregory: 5 Julai
●
The Proud Family: Louder and Prouder: 29 Julai
Pilihan ini hadir dengan variasi genre yang lebih ringan, sesuai untuk tontonan santai tetapi tetap menghiburkan.
Secara keseluruhannya, Julai 2026 di Disney+ hadir dengan pilihan kandungan yang merangkumi pelbagai cita rasa penonton. Sama ada peminat aksi, thriller, drama Korea mahupun mereka yang merindui nostalgia filem ikonik, semuanya mempunyai sesuatu untuk dinantikan. Dengan barisan tayangan yang padat serta variasi genre yang luas, bulan ini dijangka menjadi antara yang paling meriah di platform penstriman tersebut.
- 7KLIKARTIKEL LAIN:
0 Comments