BAGI peminat dunia Reacher, kini tiba masa untuk mengenali lebih dekat salah satu watak paling digemari daripada siri tersebut. Selepas mencuri perhatian penonton menerusi kemunculannya bersama Jack Reacher, Frances Neagley akhirnya tampil dengan kisahnya sendiri menerusi siri aksi baharu
Neagley.
Prime Video baru-baru ini memperkenalkan imej pertama serta mengumumkan tarikh tayangan rasmi untuk siri debut aksi itu yang dibintangi Maria Sten sebagai watak utama.
Membawa penonton kembali ke dunia yang diinspirasikan daripada novel terlaris karya Lee Child,
Neagley menjanjikan misteri baharu penuh aksi, kejutan tidak dijangka serta sisi berbeza seorang watak yang selama ini menjadi kegemaran peminat siri
Reacher.
Siri ini akan ditayangkan secara eksklusif di Prime Video pada 16 September 2026, melibatkan kesemua lapan episod yang akan tersedia untuk penonton di lebih 240 negara dan wilayah seluruh dunia.
Misi Peribadi Memburu KebenaranKisah
Neagley berpusat pada Frances Neagley (Maria Sten), seorang penyiasat persendirian di Chicago yang pernah berkhidmat dalam unit elit 110th Special Investigations Unit bersama Jack Reacher (Alan Ritchson) ketika mereka berada dalam pasukan tentera.
Namun, kehidupannya berubah apabila dia menerima berita mengenai kematian seorang sahabat lama dalam keadaan yang mencurigakan.
Enggan menerima kejadian itu sebagai kemalangan biasa, Neagley nekad mencari keadilan. Dengan menggunakan segala pengalaman yang dipelajari daripada Jack Reacher serta kemahirannya ketika bersama unit 110th Special Investigators, dia memulakan perjalanan berbahaya untuk membongkar kebenaran dan menjejaki ancaman yang semakin menghampiri.
Selain Maria Sten sebagai Frances Neagley, siri ini turut menampilkan barisan pelakon termasuk Greyston Holt sebagai Detective Hudson Riley, Adeline Rudolph (Renee Birdwhistle), Jasper Jones (Keno), Matthew Del Negro (Pierce Woodrow) serta Damon Herriman (Lawrence Cole). Alan Ritchson turut membuat kemunculan khas sebagai Jack Reacher.
Berdasarkan watak ciptaan Lee Child dalam siri novel popularnya,
Neagley diterbitkan oleh Paramount Television Studios dan Amazon MGM Studios. Siri ini dihasilkan oleh Nick Santora dan Nicholas Wootton, yang turut bertindak sebagai penerbit eksekutif serta co-showrunners.
Turut menyertai barisan penerbit eksekutif ialah Lee Child, Don Granger, Sam Hill, Adam Higgs dan Lisa Kussner, manakala Carolyn Harris, Kenny Madrid serta Niko Fernandez menyelia projek ini bagi pihak Paramount Television Studios.
Musim keempat
Reacher akan kembali pada 12 Ogos 2026 dengan tiga episod pertama, diikuti episod baharu setiap minggu sehingga 16 September 2026. Selepas episod akhir musim tersebut, kesemua lapan episod
Neagley akan tersedia untuk distrim.
- 7KLIKARTIKEL LAIN:
0 Comments