APA yang diperlukan untuk menghasilkan sebuah komedi yang benar-benar menghiburkan? Bagi lapan pelawak terkenal Jepun ini, jawapannya mungkin hanya satu, momen gelak yang cukup kuat untuk meninggalkan impak buat penonton.Menerusi rancangan pertandingan komedi terbaharu
The One Shot, Disney+ mengajak penonton menyaksikan cabaran unik apabila lapan pelawak Jepun perlu mencipta video paling menghiburkan dengan hanya bergantung kepada satu punchline utama.
Rancangan Japanese Original ini bakal ditayangkan secara eksklusif di Disney+ mulai 12 Ogos, dengan keseluruhan lapan episod.
Dicipta oleh Daigo daripada duo komedi popular Chidori,
The One Shot menampilkan konsep berbeza apabila setiap peserta diberi kebebasan penuh untuk menghasilkan sebuah filem pendek mengikut lokasi pilihan mereka sendiri.
Namun, terdapat satu syarat utama di mana setiap karya hanya boleh mengandungi satu momen jenaka yang direka untuk mencetuskan gelak paling besar daripada penonton.
Satu Punchline Untuk Menentukan JuaraDengan kawalan kreatif sepenuhnya terhadap projek masing-masing, para pelawak perlu menggunakan kreativiti, idea luar biasa serta kebolehan komedi mereka bagi menghasilkan sebuah video yang mampu meninggalkan impak walaupun hanya dengan satu detik kelakar.
Dalam setiap episod, dua hasil karya pelawak akan dipertandingkan sehingga hanya satu video terbaik berjaya mara dan dinobatkan sebagai pemenang gelaran 'Golden One Shot'.
The One Shot akan tampil dengan lapan episod, bermula 12 Ogos secara eksklusif di Disney+. Rancangan ini turut menjadi sebahagian daripada koleksi kandungan Jepun yang semakin berkembang di Disney+, menawarkan lebih banyak pilihan hiburan daripada drama sehinggalah rancangan variasi.
- 7KLIKARTIKEL LAIN:
0 Comments