'Avatar: Fire And Ash' — Kisah Baru Pandora Yang Lebih Epic Kini Di Disney+


DUNIA Pandora kembali menerusi Avatar: Fire and Ash, filem blockbuster global pemenang Oscar yang akan mula distrim secara eksklusif di Disney+ bermula 24 Jun.

Sebagai filem ketiga dalam francais ikonik arahan James Cameron, Fire and Ash meneruskan legasi sebuah saga yang sudah pun mencipta fenomena global sejak kemunculan pertamanya.

Selepas ditayangkan di pawagam pada bulan Disember lalu, filem ini mencatat kutipan luar biasa sebanyak $1.48 bilion di seluruh dunia, selain turut meraih Anugerah Akademi untuk Best Visual Effects, satu pengiktirafan yang mengukuhkan lagi dominasi visualnya dalam industri perfileman moden.

Dipuji kerana skala visual yang mengagumkan, dunia Pandora dalam filem ini sekali lagi diperluaskan dengan landskap baharu, makhluk unik serta pengalaman sinematik yang lebih imersif. Tidak hairanlah ia berjaya mengekalkan kedudukan nombor satu box office domestik selama lima minggu berturut-turut, membuktikan impak besar yang dibawanya kepada penonton seluruh dunia.

Cabaran Lebih Besar

Cerita kembali mengikuti Jake Sully (Sam Worthington), Neytiri (Zoe Saldaña) dan keluarga Sully yang kini menetap bersama Metkayina Clan di Pandora, namun kehidupan tenang mereka terganggu apabila ancaman lama kembali menghantui.

Demi melindungi orang tersayang, mereka terpaksa berdepan konflik baharu dengan bantuan Tlalim Clan (Wind Traders), sebelum muncul Mangkwan Clan (Ash People) yang mencetuskan ketegangan lebih gelap di Pandora.


Filem ini diarahkan oleh James Cameron, dengan skrip hasil kolaborasi bersama Rick Jaffa dan Amanda Silver, serta sumbangan cerita oleh Josh Friedman dan Shane Salerno. Barisan pelakon pula menghimpunkan nama besar termasuk Sam Worthington, Zoe Saldaña, Sigourney Weaver, Stephen Lang, Oona Chaplin, Cliff Curtis, Joel David Moore, Kate Winslet dan lain-lain.

Kini, Avatar: Fire and Ash turut menyertai koleksi Avatar di Disney+, bersama dua filem terdahulu serta dokumentari Fire And Water: Making The Avatar Films, memberi peminat peluang untuk kembali menyelami dunia Pandora dari awal hingga perkembangan terbarunya.  - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments