| Time Cipher bawa masa bergerak dengan cara tersendiri |
SELEPAS mendapat pengiktirafan antarabangsa untuk model Blue Planet di Grand Prix d’Horlogerie de Genève (GPHG), yang sering dianggap sebagai Oscars dalam dunia jam tangan, CIGA Design kini memperkenalkan Time Cipher.
Jam ini menolak pendekatan tradisional dalam memaparkan masa dengan menekankan konsep masa sebagai gerakan, bukan sekadar angka statik pada dial.
Time Cipher menampilkan paparan wandering-hour halus, digerakkan oleh Calibre CD-08 yang dibangunkan khas oleh CIGA Design, dipadankan dengan dial Super Black dan casing nipis daripada keluli tahan karat yang baru dibentuk.
Direka untuk mereka yang menghargai setiap detik dalam kehidupan, jam ini mengajak pemakai merasai aliran masa sebagai satu pengalaman berterusan, bukan sekadar ukuran tetap.
Interpretasi Moden dan Estetika Halus
Konsep wandering-hour berakar daripada jam malam abad ke-17, kemudian berkembang melalui jam poket dan eksperimen jam moden. Dengan Time Cipher, CIGA Design membawa konsep sejarah ini ke era kontemporari, menekankan kejelasan, keseimbangan, dan kesederhanaan.
Reka bentuk jam ini memfokus pada satu gerakan disengajakan, dengan paparan waktu yang bergerak perlahan pada bahagian dail, memberi penghargaan kepada kesabaran dan perhatian penggunanya.
Pada bahagian tengah dail, mekanisme wandering assembly bergerak mengikut minit, sementara cakera jam berputar memaparkan waktu pada penanda tetap, menggantikan jarum jam konvensional.
Jarum minit separa skeleton dihias dengan kemasan Côtes de Genève dan chamfering halus, manakala cakera jam menampilkan seni bina terbuka lengkap dengan permukaan digilap dan satin-brushed.
Nombor Swiss Super-LumiNova bersinar lembut ketika gelap, sementara penimbang mini dengan tekstur halus menstabilkan mekanisme, menjadikan setiap elemen jam bergerak dengan tepat dan efisien.
Dial Super Black pula menyerap sehingga 99.3% cahaya, menghasilkan medan visual mendalam dari mana gerakan timbul. Indeks minit timbul yang terukir CNC di tepi dial menangkap cahaya sekitar, membimbing pandangan ke arah paparan bergerak di tengah.
Hasilnya, masa bukan sekadar dibaca, tetapi dihidupkan sebagai pengalaman, gabungan bayangan, pantulan, dan gerakan yang harmoni.
Dibingkai dalam keluli tahan karat 316L, Time Cipher menampilkan profil nipis 11.8mm dengan lekukan halus berbentuk kapsul pada jam 3, 6, 9, dan 12. Lekukan pada jam diberi tekstur halus di bahagian dalam dan digilap di luar, menambah kedalaman tanpa mengganggu visual.
Rekaan jam tanpa sambungan tali yang menonjol dan cermin jam berbentuk kubah daripada kristal safir membolehkan jam terletak selesa di pergelangan tangan, memadukan estetika moden dengan keselesaan harian, minimal dari segi rekaan tetapi kaya dengan detail.
Time Cipher dijana oleh Calibre CD-08, gerakan automatik yang diubah suai berasaskan siri Miyota 9000, beroperasi pada 28,800 getaran per jam dengan kuasa simpanan 42 jam. Pergerakan ini diolah semula oleh CIGA Design untuk menyokong komplikasi wandering-hour dengan stabil, mencerminkan falsafah jam ini iaitu irama mantap yang menggalakkan pemakai menjalin hubungan lebih mendalam dengan masa.
Dengan Time Cipher, CIGA Design terus meneroka paparan masa yang tidak konvensional sambil mengekalkan keterpakaiannya dan rekaan yang teliti serta penuh pertimbangan.
Jam ini menggabungkan kreativiti mekanikal yang digerakkan oleh pergerakan si pemakai dengan estetika moden untuk kegunaan harian. Ia bukan sekadar menunjukkan waktu, tetapi mengajak pemakai menyelami bagaimana masa terungkap melalui setiap gerakan mekanismenya.
Bagi yang berminat, Time Cipher kini boleh dimiliki di Malaysia melalui butik Red Army Watches di Pavilion KL dan 1Utama Shopping Center, serta secara dalam talian di www.redarmywatches.com.my . - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments