Di Tengah Nadi Kota Kuala Lumpur: St. Giles Mid Valley Kembali Dengan Wajah Baharu

St. Giles Mid Valley Kuala Lumpur kini dibuka semula dengan konsep moden, ruang eksklusif, dan akses terus ke pusat beli-belah serta hab perniagaan | FOTO: St Giles Mid Valley

St. Giles Mid Valley Kuala Lumpur kini kembali membuka pintunya, membawa bersama wajah baharu di tengah kesibukan Mid Valley City, sebuah kawasan yang seakan tidak pernah tidur, sentiasa bergerak dengan ritma perniagaan, gaya hidup, dan runcit dalam satu lokasi.

Dahulunya dikenali sebagai St. Giles Gardens Hotel Kuala Lumpur, hotel ini memulakan semula operasinya sepenuhnya pada 1 April 2026, menandakan bab baharu dalam evolusi hospitaliti di nadi kota ini.

Di bawah pengurusan CHM Hotels, cabang pengurusan hospitaliti milik IGB Berhad, pembukaan semula ini merupakan sebahagian daripada langkah strategik untuk memperkukuh lagi portfolio hospitaliti mereka di Mid Valley City.

Dengan kedudukannya yang terletak di salah satu hab komersial paling sibuk di Kuala Lumpur, hotel ini dilihat memainkan peranan penting dalam menyokong kebangkitan semula perjalanan perniagaan dan korporat antarabangsa, sekali gus menambah nilai kepada ekosistem bersepadu kawasan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif CHM Hotels, James Loo, menjelaskan bahawa pembukaan ini bukan sekadar penjenamaan semula sebuah bangunan, tetapi sebahagian daripada perancangan jangka panjang untuk meningkatkan nilai aset serta menyesuaikan operasi hotel dengan perubahan landskap industri hospitaliti semasa.

“Hari ini, kami bukan sekadar menjenamakan semula sebuah bangunan, tetapi turut memperkukuh komitmen terhadap evolusi strategik dan penciptaan nilai jangka panjang,” ujarnya.

Mengambil inspirasi daripada wau tradisional Malaysia sebagai simbol keanggunan dan aspirasi, hotel ini menyediakan 448 bilik yang telah diperbaharui sepenuhnya merangkumi empat kategori berbeza.

Bilik Deluxe Room dan Premier Room direka dengan sentuhan moden bersama kemudahan katil premium, serta bilik mandi yang dilengkapi tab mandi dan pancuran berasingan untuk keselesaan maksimum.

Bagi mereka yang mahukan pengalaman penginapan lebih eksklusif, kategori Wau Deluxe dan Wau Premier menawarkan ruang dalaman yang lebih elegan serta pemandangan bandar yang luas.

Tetamu juga mendapat akses ke Wau Lounge, sebuah ruang peribadi yang direka sebagai tempat rehat eksklusif, sesuai untuk bekerja, mengadakan perbincangan kecil, atau sekadar menikmati suasana yang lebih tenang jauh daripada kesibukan kota.

Ruang Eksklusif & Gaya Hidup Moden

Dari segi gaya hidup dan kulinari, pengalaman di hotel ini diperkukuh dengan pilihan makanan dan minuman yang dikurasi semula, diterajui oleh Ember & Brass All Day Dining sebagai restoran utama yang menawarkan santapan sepanjang hari.

Ia turut dilengkapi dengan Eight Ounce Coffee Co., yang menyajikan kopi artisan berkualiti tinggi, sempurna untuk pertemuan santai atau rehat seketika di antara jadual kerja.

Selain itu, Zuka Bar pula menawarkan ruang sosial moden yang sesuai untuk sesi networking atau bersantai selepas waktu kerja.

Bagi memenuhi keperluan acara korporat dan perniagaan berskala besar, hotel ini turut dilengkapi dengan Grand Ballroom serta beberapa ruang mesyuarat fleksibel yang dilengkapi kemudahan sambungan berkelajuan tinggi.


Kemudahan ini menjadikan St. Giles Mid Valley Kuala Lumpur bukan sekadar hotel penginapan, tetapi juga lokasi strategik untuk persidangan, mesyuarat dan acara korporat di tengah bandar.

Sebagai sebahagian daripada infrastruktur penting Mid Valley City, hotel ini menawarkan akses yang sangat mudah ke pelbagai pusat komersial, rangkaian pengangkutan utama, serta lebih 600 outlet runcit yang terdapat di Mid Valley Megamall dan The Gardens Mall.

Kedudukan strategik ini menjadikan hotel ini pilihan ideal bagi pengembara perniagaan dan pelancong bandar yang mahukan semuanya dalam satu lokasi.

Seiring dengan keperluan pengembara moden, hotel ini juga beroperasi sepenuhnya dalam persekitaran tanpa tunai, memastikan setiap transaksi dilakukan dengan lebih pantas dan selamat, selain memberi pengalaman yang lebih lancar kepada tetamu sepanjang penginapan mereka.

Mengangkat konsep 'Stay at the Center of It All', St. Giles Mid Valley Kuala Lumpur menawarkan pengalaman penginapan yang menggabungkan keselesaan moden, kemudahan perniagaan, serta akses gaya hidup bandar dalam satu destinasi.

Sempena pembukaan semula ini, hotel turut memperkenalkan tawaran istimewa 'Reopening Offer' dengan diskaun sebanyak 30 peratus untuk tempahan bagi tempoh terhad, dengan tempahan kini dibuka secara rasmi melalui laman web St. Giles Hotels. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments