BERSIAP sedia untuk pengalaman membeli-belah yang lebih hebat dengan Shopee 4.4 Jualan Hebat VIP, berlangsung sekarang hingga 8 April.
Jualan eksklusif ini menampilkan pelbagai tawaran menarik merentasi kategori popular, termasuk Knockout Deals serendah RM14, yang boleh dinikmati secara eksklusif dari 3 April, 8 malam hingga 4 April, 10 malam.
Ahli Shopee VIP juga berpeluang menikmati akses awal pada 3 April, 12 tengah malam, termasuk empat sesi tambahan, memberikan lebih banyak peluang untuk menebus produk terpilih semasa waktu pembayaran utama.
Antara tawaran menarik dalam RM14 Knockout Deals ialah PlayStation 5 yang menampilkan prestasi generasi baharu dengan masa pemuatan ultra pantas dan storan 1TB, serta GINTELL A Pro 1 Massage Chair yang membolehkan pengguna merehatkan badan dengan Physio Massage, urutan leher 115°, dan 12X Thermo Massage Balls.
Bagi pencinta kecantikan, set Medicube Ultimate Glow PDRN Pink Perfection memberikan kulit lebih anjal dan terhidrat dengan empat produk diperkaya Salmon DNA PDRN, peptida dan asid hyaluronik.
Sementara itu, Dreame D20 Ultra Robot Vacuum memastikan rumah sentiasa bersih dengan sistem vakum dan mop 2-dalam-1 berkuasa tinggi, manakala haruman segar Calvin Klein CK One sesuai untuk semua pengguna.
Untuk pembelian lebih premium, RM140 Knockout Deals turut disediakan. Anting-anting emas klasik seperti POH KONG 916/22K Yellow Gold Thin Hoop Earrings menjadi pilihan hadiah atau koleksi peribadi, manakala Amazfit T-Rex 3 Smart Watch membolehkan pengguna mengurus masa dengan lebih efisien melalui notifikasi pintar dan ketahanan bateri luar biasa.
Selain itu, untuk penggemar motosikal, SM Sport 110E N2 dan Modenas KRISS 125 memastikan tunggangan harian yang lancar dan cekap bahan api.
Bagi pencinta masakan pula, kuali premium Le Creuset 3-Ply Stainless Steel Non-Stick Frying Pan hadir untuk memudahkan penyediaan hidangan dengan pengagihan haba sekata tanpa melekat.
Ganjaran Eksklusif & Kelebihan Ahli VIP
Tidak hanya tawaran hebat, ahli Shopee VIP turut menikmati pelbagai ganjaran gaya hidup melalui Shopee VIP Brand Partner Deals sepanjang tempoh keahlian aktif.
Antaranya, pengguna boleh menonton drama dan rancangan varieti kegemaran di iQIYI dengan VIP percuma 14 hari dan diskaun 30 peratus (%) untuk langganan 1 tahun, atau menikmati percubaan ClassPass percuma 1 bulan beserta kredit bonus.
Ganjaran lain termasuk diskaun tiket aktiviti keluarga di Gamuda Play, langganan percuma 3 bulan VIU, baucar bank eksklusif daripada Maybank dan RHB, serta diskaun hotel dan penerbangan melalui Trip.com.
Langgan Shopee VIP untuk menikmati kelebihan seperti Penghantaran Percuma Tanpa Had, ganjaran eksklusif, dan pelbagai penjimatan tambahan.
Percubaan percuma 1 bulan membolehkan pengguna merasai pengalaman VIP, sebelum yuran langganan bermula hanya RM4.50 sebulan.
Dengan akses awal kepada diskaun sehingga 50%, baucar VIP bernilai lebih RM4,400, serta peluang menebus Knockout Deals terawal, Shopee 4.4 Jualan Hebat VIP menjanjikan pengalaman membeli-belah yang lebih berbaloi dan menyeronokkan.
Daftar hari ini dan jadilah antara yang terawal menikmati diskaun terbesar sepanjang Shopee 4.4 Jualan Hebat VIP.
- 7KLIKARTIKEL LAIN:
0 Comments