Hacks Kembali Untuk Musim Kelima dan Terakhir, 10 April di HBO Max


SIRI komedi Max Original yang memenangi Anugerah Emmy, Hacks, kembali untuk musim kelima dan terakhir pada 10 April ini di HBO Max.

Musim terbaharu ini menampilkan 10 episod yang akan ditayangkan setiap minggu, dengan episod terakhir dijadualkan pada 29 Mei.

Selepas beberapa laporan berita yang salah dan tidak menyenangkan yang mendakwa Deborah Vance telah meninggal dunia, Deborah (lakonan Jean Smart) dan Ava (Hannah Einbinder) kembali ke Las Vegas dengan tekad yang lebih kuat untuk menegakkan warisan Deborah sebagai seorang pelawak legenda.

Musim ini menampilkan barisan pelakon tetap termasuk barisan pemenang Anugerah Emmy seperti Jean Smart, Hannah Einbinder, Paul W. Downs serta Megan Stalter, Carl Clemons-Hopkins, Mark Indelicato, dan Rose Abdoo.

Tidak ketinggalan pelakon jemputan seperti Robby Hoffman, Tony Goldwyn, Kaitlin Olson, Christopher McDonald, Jane Adams, Lauren Weedman, Poppy Liu, Johnny Sibilly, Luenell, Angela E. Gibbs, Caitlin Reilly dan Christopher Briney. Hacks digarap dan dikendalikan oleh Paul W. Downs, Lucia Aniello, dan Jen Statsky.

Bagi yang ingin mengimbau kembali siri Hacks, musim satu hingga empat boleh ditonton secara strim, manakala musim lima akan tersedia bermula 10 April di HBO Max. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments