GenPrime Everlink: Era Baharu Penjagaan Kesuburan Wanita di Malaysia

Antara tetamu kehormat dan wakil GenPrime Everlink yang hadir semasa majlis pelancaran rasmi di Malaysia

EVER-LINK Fertility Centre kini melangkah ke fasa baharu apabila secara rasmi dijenamakan perkenalkan semula sebagai GenPrime Everlink, menandakan pengintegrasiannya ke dalam rangkaian global GenPrime.

Perubahan ini bukan sekadar pertukaran nama, tetapi mencerminkan evolusi pendekatan penjagaan kesuburan yang lebih menyeluruh, sejajar dengan keperluan pesakit masa kini yang semakin kompleks dan dinamik.

Dalam landskap moden, perjalanan kesuburan tidak lagi bersifat linear. Ramai individu dan pasangan perlu mengimbangi rawatan dengan tuntutan kerjaya, perubahan lokasi, serta perancangan hidup yang sentiasa berkembang.

Justeru, penjenamaan semula ini membawa pendekatan yang lebih fleksibel dan bersepadu, membolehkan pesakit mengakses penjagaan yang konsisten merentasi rangkaian klinik GenPrime di kota utama seperti Singapura, Bangkok, Manila dan Los Angeles.

Sejak ditubuhkan pada 2019, pusat ini telah membina reputasi kukuh dalam bidang kesuburan. Kini, sebagai sebahagian daripada rangkaian antarabangsa, GenPrime Everlink menggabungkan kepakaran tempatan dengan sokongan klinikal dan saintifik yang lebih meluas.

Pendekatan ini memberi kelebihan dari segi perkongsian data, kepakaran pelbagai disiplin, serta akses kepada teknologi reproduktif terkini.

Di peringkat operasi, GenPrime Everlink mengekalkan standard klinikal yang tinggi melalui pematuhan kepada pensijilan RTAC serta pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini memastikan setiap rawatan yang ditawarkan memenuhi aspek keselamatan, kualiti dan keberkesanan yang konsisten.

Selain rawatan kesuburan seperti IVF dan ICSI, pusat ini turut menyediakan rangkaian perkhidmatan komprehensif termasuk saringan kesuburan, pembekuan telur, ujian genetik serta rawatan untuk kondisi seperti PCOS, endometriosis, fibroid dan ketidaksuburan lelaki.

Sebagai pusat IVF perkhidmatan penuh, semua proses daripada konsultasi hingga prosedur rawatan dilaksanakan di satu lokasi, sekali gus memudahkan pengalaman pesakit tanpa perlu berulang-alik ke fasiliti berbeza.

Pendekatan Peribadi dalam Rawatan Kesuburan

Pendekatan rawatan di GenPrime Everlink menekankan kepentingan peribadi dalam setiap perjalanan kesuburan. Tiada dua pesakit yang melalui pengalaman sama, dan setiap pelan rawatan dirangka berdasarkan keperluan individu yang berbeza.

Sorotan sepanjang majlis pelancaran rasmi GenPrime Everlink

Menurut Pengarah Perubatan GenPrime Everlink, Dr. Mathi Arasu, rawatan kesuburan masa kini tidak lagi bersifat satu pendekatan untuk semua, sebaliknya disesuaikan mengikut keperluan setiap individu.

“Dari perspektif klinikal, rawatan ditentukan berdasarkan keperluan setiap pesakit. Tiada dua perjalanan kesuburan yang sama, dan keputusan rawatan dibuat bergantung pada sejarah perubatan, profil serta matlamat individu.

“Akses kepada perkongsian dapatan klinikal merentasi rangkaian membolehkan pendekatan rawatan yang lebih teliti dirangka untuk setiap individu. Fokus utamanya adalah memastikan pesakit menerima sokongan yang jelas dan meyakinkan sepanjang perjalanan kesuburan mereka,” ujarnya.

Berkongsi pengalaman lebih dua dekad dalam bidang perubatan reproduktif, Dr. Mathi merupakan pakar kesuburan berdaftar di bawah Daftar Pakar Kebangsaan (NSR), serta pernah menjalani latihan di institusi terkemuka seperti IVF Australia dan Oxford Fertility Unit.

Kepakaran ini memainkan peranan penting dalam memastikan setiap pesakit menerima rawatan yang tepat dan berasaskan bukti klinikal terkini.

Sebagai sebahagian daripada rangkaian GenPrime, pusat ini turut memberi tumpuan kepada keperluan pesakit antarabangsa. Sokongan seperti penyelarasan perjalanan, bantuan pelbagai bahasa serta lokasi yang strategik berhampiran hab pengangkutan dan kemudahan penginapan menjadikan pengalaman rawatan lebih lancar, khususnya bagi mereka yang mendapatkan rawatan merentasi negara.

Perkembangan ini selari dengan kedudukan Malaysia yang semakin kukuh sebagai hab penjagaan kesihatan serantau, khususnya dalam bidang pelancongan perubatan. Penekanan terhadap perkhidmatan khusus seperti kesuburan dan perubatan reproduktif dilihat sebagai antara komponen penting dalam memperkukuh ekosistem kesihatan negara.

Secara keseluruhan, langkah ini mencerminkan anjakan ke arah model penjagaan kesuburan yang lebih moden menggabungkan kepakaran klinikal, teknologi canggih dan pendekatan berpusatkan pesakit. Ia bukan sahaja memperluas akses kepada rawatan, tetapi turut memastikan setiap individu menerima sokongan yang lebih menyeluruh sepanjang perjalanan kesuburan mereka. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments