Tonton HBO Max Musim Raya: Drama & Komedi Korea Wajib Tonton!


HBO Max memeriahkan musim Raya anda dengan pilihan hiburan Korea terbaik, boleh dinikmati bersama keluarga di rumah.

Dari komedi penuh gelak tawa hingga thriller mendebarkan, pilihan program kali ini menjanjikan pengalaman menonton yang penuh emosi dan hiburan berkualiti.

Our Universe
Pelakon: Bae In-hyuk, Roh Jeong-eui, dan Park Seo-ham

Dua ipar yang selama ini sering berselisih faham, terpaksa berbaik selepas satu tragedi meragut nyawa adik-beradik mereka dan meninggalkan seorang anak yatim yang perlu dibesarkan bersama. Semasa mereka menyesuaikan diri dengan tanggungjawab baharu ini, perasaan cinta terbit di antara mereka tanpa diduga.

The Practical Guide to Love
Pelakon: Han Ji-min, Park Sung-hoon dan Lee Ki-taek

Mengisahkan tentang Lee Ui-yeong, seorang wanita yang berjaya dalam kerjaya tetapi masih bergelut mencari cinta sejati. Dalam usaha menemui pasangan sesuai dengan cara efisien, dia mula menghadiri blind dates dan tanpa disangka terperangkap dalam cinta tiga segi yang melibatkan dua individu berbeza sikap dan personaliti.

Mad Concrete Dreams
Pelakon: Ha Jung-woo, Im Soo-jung, Krystal Jung dan ramai lagi

Su-jong, seorang tuan rumah yang terdesak untuk mencari sumber pendapatan tambahan dan akhirnya terlibat dalam dunia jenayah demi melindungi keluarga dan asetnya.

Dear X
Pelakon: Kim You-jung, Kim Young-dae dan Kim Do-hoon

Mengisahkan Baek Ah-jin, seorang pelakon wanita yang berjaya namun menyembunyikan sejarah trauma dalam hidupnya. Dengan manipulasi dan tipu daya, dia menaiki tangga kejayaan sambil dilindungi sepenuhnya oleh kekasihnya, Yoon Jun-seo.

Lebih Banyak Hiburan Korea di HBO Max

Untuk pencinta hiburan Korea, jangan lepaskan peluang meneroka hub TVING di HBO Max yang menampilkan tayangan terbaharu drama, komedi dan program variety.

Salah satunya, The Village Barber, mengisahkan Park Bo Gum yang membuka kedai gunting rambut di sebuah kampung di Korea Selatan bersama sahabatnya Lee Sang-yi dan Kwak Dong-yeon. Saksikan mereka menjalani kisah-kisah hangat dari komuniti tempatan sambil mencipta kenangan bermakna.

Dengan pilihan drama dan komedi yang pelbagai, HBO Max memastikan musim Raya ini lebih meriah, menghiburkan, dan penuh emosi untuk semua penonton. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments