Fesyen Karpet Merah Grammy 2026: Dari Couture hingga Statement Look


Anugerah Grammy 2026 yang diadakan di Crypto.com Arena, Los Angeles, California, Amerika Syarikat pada 1 Februari lalu kembali menjadi tumpuan dunia.

Bukan hanya tentang kemenangan artis dan karya yang dipertandingkan, tetapi juga penampilan di karpet merah yang menyaksikan para selebriti  menampilkan kepelbagaian gaya daripada elegan klasik hingga rekaan berani yang mencuri perhatian editorial. 

Malah acara ini sekali lagi menjadi medan penting untuk melihat bagaimana fesyen karpet merah terus berkembang seiring perubahan identiti artis dan landskap industri muzik global. 

Fesyen di acara itu melangkaui pakaian semata-mata; ia menjadi naratif visual, di mana setiap penampilan menyampaikan mesej, personaliti, dan kreativiti si pemakai di tengah sorotan karpet merah.

Lady Gaga - Matières Fécales

Lady Gaga mencuri perhatian dalam gaun hitam avant‑garde dari Matières Fécales, sarat struktur yang dramatik. Penampilan ini menjadi salah satu yang paling dibincangkan dalam editorial fesyen.

Sabrina Carpenter - Valentino

Sabrina Carpenter memukau dengan custom Valentino couture, menampilkan siluet klasik Hollywood dan butiran beading halus, menghasilkan keseimbangan antara elegan tradisional dan moden.

Bad Bunny - Schiaparelli

Bad Bunny memukau dengan custom Schiaparelli tuxedo yang eksperimental tetapi terstruktur, menunjukkan bahawa menswear juga mampu mencipta impak editorial yang besar.


Billie Eilish - Hodakova

Billie Eilish tampil dengan ensemble custom Hodakova dari fabrik 'deadstock', menggabungkan elemen edgy dan preppy sambil menonjolkan tailoring eksperimental dan tekstur menarik, memberikan dimensi baru kepada fesyen karpet merah dengan pendekatan fesyen lestari yang unik dan berani.

Rosé - Giambattista Valli Haute Couture

Rosé menonjol dalam custom Giambattista Valli Haute Couture, mini dress hitam dengan drape putih yang sculptural, memberikan kesan elegan dan striking tanpa perlu bergantung pada gaya seksi.

Barisan artis lain juga tampil dengan gaya yang menarik dan berbeza, termasuk pilihan gaun couture, siluet longgar yang sofistikated dan aksesori berani yang menambah dimensi pada penampilan mereka.

Keseimbangan antara tekstur, warna, dan konsep keseluruhan pakaian menjadi faktor utama yang menjadikan setiap penampilan menonjol, tanpa perlu bergantung pada fesyen seksi semata-mata.

Tidak dapat dinafikan, ramai juga artis memilih gaya berani dan ‘skin‑forward’, termasuk Chappell Roan dan Teyana Taylor, melalui potongan close‑fit atau fabrik lebih menonjol. Pilihan fesyen seperti ini memang mendapat perhatian, namun ia bukan penentu utama sorotan di karpet merah.

Sebaliknya, penampilan yang paling banyak dibincangkan menunjukkan bahawa konsep rekaan, struktur pakaian, dan naratif visual setiap look lebih penting daripada sensualiti semata-mata. Ini menegaskan bahawa fesyen seksi tidak semestinya penentu utama perhatian editorial.


Tyla (DSquared2), Tate Mcrae (Balenciaga), Olivia Dean (Chanel), FKA Twigs (Paolo Carzana Slim Barrett), Ejae (Dior)

Jennifer Hudson (Kilian Kerner),  Laufey (Miu Miu), Audrey Nuna (Thom Browne), Addison Rae (Alaïa, Paris Hilton (Nicolas Jebran)

Sombr (Valentino), Alex Warren (Giorgio Armani), Justin Bieber (Balenciaga) & Hailey Bieber (Alaïa), Miley Cyrus (Celine), Lola Young (Vivienne Westwood)

Katseye (Ludovic de Saint Sernin)

Grammy Awards 2026 membuktikan bahawa karpet merah kini bukan sekadar glamor tetapi ia adalah pentas di mana pernyataan gaya yang membawa mesej tersendiri.

Dari avant‑garde hingga tailoring yang inovatif, fesyen malam itu dipenuhi variasi pendekatan yang menunjukkan bahawa individuiti dan kreativiti menjadi fokus utama portal fesyen antarabangsa.

Penampilan yang paling mencuri perhatian bukan semata sekadar sensual, tetapi mereka yang mempunyai hubungan jelas antara pemilih gaya dan naratif yang ingin disampaikan, satu evolusi penting dalam cara kita melihat fesyen di acara besar seperti Grammy.  - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments