SEJAK zaman berzaman, hanya segelintir individu dipercayai memiliki keupayaan luar biasa untuk membaca takdir, menafsir petanda alam, serta merungkai nasib manusia melalui hubungan dengan dunia yang tidak kelihatan.
Keupayaan ini kini menjadi teras kepada sebuah siri realiti baharu yang menjanjikan persaingan penuh misteri dan ketegangan.
Mulai 11 Februari, seramai 49 'pembaca takdir' terkemuka dari Korea Selatan akan berentap dalam Battle of Fates, sebuah siri realiti eksklusif Disney+ yang mempertemukan pakar-pakar ramalan bagi membuktikan siapa benar-benar memiliki keupayaan luar biasa tersebut.
Siri ini menampilkan pelbagai disiplin ramalan, bacaan wajah dan tapak kaki, serta pelbagai aliran divinasi lain. Para peserta akan diuji melalui siri cabaran yang direka untuk menguji ketepatan, kepekaan dan kebolehan mereka menafsir masa depan dalam situasi bertekanan tinggi.
Bagi memastikan ramalan mereka paling tepat, setiap peserta bebas menggunakan apa sahaja kaedah dan alat yang mereka percayai. Daripada kipas, loceng dan batang pendulum, sehinggalah kepada pendekatan logik, deduksi dan bantuan teknologi moden seperti komputer riba, segala usaha dilakukan demi mengelakkan penyingkiran dan mara ke pusingan seterusnya.
Battle of Fates akan ditayangkan dengan empat episod pertama pada 11 Februari. Episod kelima, keenam dan ketujuh akan menyusul pada 18 Februari, diikuti episod kelapan dan kesembilan pada 25 Februari, sebelum episod akhir bersiaran pada 4 Mac.
Sebagai antara siri realiti paling dinantikan di Disney+, ia menjanjikan gabungan elemen spiritual, persaingan dan drama manusia yang jarang dipaparkan dalam format realiti. Saksikan Battle of Fates secara eksklusif di Disney+ bermula 11 Februari. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments