BAGI meraikan 25 tahun yang dipenuhi lagu-lagu indah, kenangan manis dan momen bersejarah, kumpulan Westlife memberikan peluang seumur hidup kepada peminat di Malaysia untuk menyertai mereka di London bagi konsert ulang tahun ke-25 yang bakal berlangsung di Royal Albert Hall, Oktober ini.
Sebagai sebahagian daripada kempen eksklusif ini, dua peminat bertuah akan dipilih untuk menerima pakej perjalanan ke London dengan semua kos ditanggung.
Hadiah termasuk tiket penerbangan pergi balik, penginapan hotel, barangan eksklusif Westlife, dan paling penting tiket menonton persembahan mereka secara langsung di salah satu venue paling ikonik di dunia.
“Asia sentiasa menjadi istimewa di hati kami. Ini cara kami mengucapkan terima kasih atas kasih sayang yang telah anda berikan selama ini, dan kami mahu melihat anda di London,” kata Westlife.
Kenangan di Malaysia, Ikatan Istimewa dengan Asia
Hubungan Westlife dengan Asia termasuk Malaysia sudah terjalin sejak awal kerjaya mereka. Dari radio hingga karaoke, lagu-lagu mereka menjadi sebahagian daripada kehidupan harian peminat.
Dengan deretan lagu nombor satu dan konsert sold out, muzik Westlife bukan sekadar popular, tetapi menyentuh secara peribadi hati para pendengar. Kempen ini adalah penghargaan kepada peminat yang setia bersama mereka selama ini.
Dalam siri jelajah terbahru, Wild Dreams Tour 2023, Malaysia turut menjadi antara destinasi yang mencatat kenangan manis, dengan persembahan penuh di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 23 dan 24 Februari 2023.
Jadi jangan lepaskan peluang ini. Ia bukan sekadar konsert, tetapi perayaan sebuah legasi yang dikongsi bersama jutaan peminat di seluruh dunia.
Sama ada anda peminat setia sejak dulu atau baru mengenali muzik mereka, inilah masanya untuk menjadi sebahagian daripada sejarah Westlife.
Pendaftaran dibuka di https://Westlife.lnk.to/wlfmy . Penyertaan akan ditutup pada 30 September 2025 dan pemenang akan dihubungi secara langsung. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments