Hot Posts

6/recent/ticker-posts

ONE PIECE Kembali! Netflix Sahkan Musim 3 Lebih Awal, Dedah Teaser Musim 2


BARU sahaja selesai sambutan tahunan One Piece Day di Tokyo, Jepun, Netflix menghangatkan lagi semangat peminat dengan pendedahan pertama (first look) untuk Musim 2 siri pengembaraan lanun epik ini yang dijadualkan kembali pada tahun 2026.

Bukan itu saja, sebelum Musim 2 tayang, One Piece sudah pun menerima lampu hijau untuk Musim 3. Penggambaran akan bermula hujung tahun ini di Cape Town, Afrika Selatan, dengan Ian Stokes menyertai Joe Tracz sebagai co-showrunner untuk musim baharu tersebut.

Adaptasi aksi nyata (live action) One Piece ini dihasilkan bersama Shueisha, diterbitkan oleh Tomorrow Studios (rakan kongsi ITV Studios) dan Netflix.

Pengembaraan Terhebat Bermula

Musim 2 One Piece menjanjikan cabaran yang lebih sengit dan misi yang paling berbahaya setakat ini. Luffy dan kru Straw Hat kini berlayar menuju Grand Line, laluan laut legenda yang penuh misteri, bahaya, dan keajaiban di setiap hentian.

Dalam perjalanan mencari harta karun paling agung di dunia, mereka bakal berdepan pulau-pulau pelik serta barisan musuh baharu yang jauh lebih hebat.

Siri 'live action' ini diadaptasi daripada manga terlaris sepanjang zaman karya Eiichiro Oda, yang telah menjual lebih 500 juta salinan dalam lebih 100 jilid di seluruh dunia.

Kisahnya mengikuti Monkey D. Luffy dalam misinya memburu harta legenda One Piece untuk menjadi Raja Lanun. Francais ini mempunyai pengikut setia merentas generasi di seluruh dunia.


Sejak debut pada 2023, siri aksi nyata One Piece mencipta fenomena global, bertahan selama lapan minggu dalam senarai Global Top 10 Netflix, menduduki tempat #1 di lebih 75 negara, dan mencatat sejarah sebagai siri berbahasa Inggeris pertama di Netflix yang debut di tangga #1 di Jepun.

Dengan hampir 100 juta tontonan, ia kini antara siri paling banyak dimuat turun dalam sejarah Netflix. Malah, One Piece turut menerima 11 pencalonan di Anugerah Emmy Kanak-Kanak & Keluarga, termasuk kategori Siri Remaja Luar Biasa (Outstanding Young Teen Series).

Bagi peminat tegar, keterujaan tidak terhenti di skrin, pengalaman imersif baharu akan dibuka di Netflix House, manakala koleksi produk rasmi seperti set LEGO, permainan Moose Toys dan pelbagai barangan lain boleh dimiliki di Netflix Shop serta peruncit di seluruh dunia.

Musim 2 One Piece akan menemui penonton pada 2026, diikuti Musim 3 yang sudah pun disahkan. Ia terus menjadi kerjasama kreatif antara Shueisha, Tomorrow Studios, dan Netflix membuktikan pengembaraan Luffy dan kru Straw Hat masih jauh dari garisan penamat. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments