MAKANAN, muzik, drama dan selebriti Korea kekal menjadi antara topik budaya pop paling hangat di dunia. Mengikuti fenomena ini, Disney+ Hotstar membawakan penonton 'daily dose' Korea melalui lima program realiti mingguan baharu yang akan bersiaran setiap Jumaat hingga Selasa bermula 22 Ogos ini.
Setiap program mempunyai durasi sekitar 25 minit, padat dengan hiburan ringan dari pelbagai tema seperti daripada speed dating, cabaran makan, kecergasan, tabiat membeli-belah selebriti hinggalah ke jelajah restoran rahsia.
Mulakan minggu anda dengan
Anchovy Physical Camp, yang akan ditayangkan setiap Jumaat bermula 22 Ogos. Program ini mengumpulkan selebriti Korea yang kurang aktif untuk bersaing dalam siri cabaran kecergasan. Berbekalkan semangat, tapi tanpa sebarang bakat fizikal yang mengagumkan.
Seterusnya pada hari Sabtu (23 Ogos), saksikan
60 Minutes to Love. Program ini menampilkan bintang Running Man, Ji Yeeun, dalam misi mencari cinta sejati. Sepanjang 20 episod, dia akan melalui sesi temu janji pantas selama 60 minit bersama lelaki pelbagai personaliti. Siapa tahu, mungkin cinta sejatinya sedang menunggu.
Ahad (24 Ogos) pula dimeriahkan dengan
Belly Showdown, di mana enam personaliti terkenal bersaing dalam cabaran makan berkalori tinggi. Dengan selera makan yang tiada batas, masing-masing berusaha ‘mengalahkan’ lawan melalui perut mereka.
Isnin (25 Ogos) menjadi milik
YOO Got a Minute?. Siri ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 10 minggu pertama menyaksikan kembalinya segmen popular Yoo Byungjae, Why Did I Buy It, yang kini diberi nama
You Bought What?!, mengupas tabiat membeli-belah pelik selebriti. Minggu ke-11 hingga ke-20 pula menampilkan
The Quiet Interview, di mana tetamu cuba bertahan tanpa ketawa sepanjang temu bual pelik, tapi jika terketawa, temu bual terus tamat.
Akhir sekali, pada setiap Selasa (26 Ogos),
Chef’s Go-To membawa penonton menjelajah bersama chef terkenal Korea ke kedai makan lorong belakang dan ‘hidden gems’ mereka. Objektifnya mudah, membantu penonton menemui hidangan yang takkan dilupakan.
Kesemua lima program ini akan bersiaran selama 20 episod hingga hujung tahun, menambah lagi senarai kandungan K-Variety berkualiti tinggi di Disney+ Hotstar.
Bersedia ketawa, terhibur dan teruja dengan daily dose of K-Variety bermula 22 Ogos, eksklusif di Disney+ Hotstar.
- 7KLIKARTIKEL LAIN:
0 Comments