GELOMBANG tawa dan keseronokan terus membadai apabila filem aksi nyata (live-action) pecah panggung bernilai bilion dolar, Lilo & Stitch, akhirnya mendarat di Disney+ Hotstar pada 3 September ini.
Kongsi komedi luar biasa ini bersama ‘ohana’ anda, bila-bila masa dan di mana sahaja, untuk sebuah pengembaraan yang penuh huru-hara comel, pesona, dan momen yang menyentuh hati.
Filem ini secara rasmi telah mengutip lebih $1 bilion di pecah panggung global, menjadikannya filem Motion Picture Association (MPA) pertama tahun 2025 yang mencapai kejayaan itu.
Selepas debut hujung minggu Memorial Day dengan kutipan rekod $183 juta, filem ini kini menjadi tayangan MPA dengan kutipan tertinggi tahun ini, sama ada di peringkat global mahupun antarabangsa.
Kisah klasik animasi Disney ini diberi nafas baharu, membawakan semula cerita lucu dan menghangatkan hati tentang Lilo dan 'haiwan peliharaan' angkatnya yang sangat tidak konvensional, Stitch.
Berlatarbelakangkan pemandangan tropika yang memukau, filem ini menyajikan visual seindah konsep 'keluarga yang kita temui' yang Lilo dan Stitch cipta bersama, sambil meraikan budaya dan keindahan Hawai’i secara autentik.
Gabungan Bintang Hebat
Lilo & Stitch diarahkan oleh Dean Fleischer Camp, calon Oscar, dan dibintangi oleh Sydney Elizabeth Agudong, Billy Magnussen, Tia Carrere, Hannah Waddingham, Chris Sanders, bersama Courtney B. Vance dan Zach Galifianakis, serta memperkenalkan bakat baharu Maia Kealoha.
Bagi peminat tegar, anda juga boleh mengimbas kembali animasi klasik yang memulakan segalanya bersama keseluruhan koleksi francais
Lilo & Stitch yang disayangi ramai dan semuanya tersedia di Disney+ Hotstar.
Dengan lebih 640 juta jam tontonan global, francais ini terus memenangi hati penonton di seluruh dunia. Malah, sebuah sekuel baharu kini sedang dibangunkan.
SinopsisAlami kisah lucu dan menyentuh hati dalam versi aksi nyata live-action terbaharu adaptasi klasik animasi Disney ini. Apabila seorang gadis kesepian bernama Lilo mengangkat Stitch, seekor 'anak anjing' asing dari planet lain, Stitch membantu memulihkan keluarganya yang retak sambil mencetuskan kekecohan penuh gelak tawa di Kepulauan Hawai’i.
- 7KLIKARTIKEL LAIN:
0 Comments