Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Rahsia di Sebalik Cawan Kopi Feveret Syafiq Kyle


BILA sebut nama Syafiq Kyle, ramai akan terbayang senyuman manis dan gaya tenang aktor ini di skrin. Tapi di sebalik semua itu, ada satu rahsia kecil yang kini jadi cerita besar.

Kini, rahsia itu dibawa ke hadapan apabila Kopiko, jenama kopi terkemuka Malaysia, memilih Syafiq sebagai wajah rasmi mereka. Bukan sekadar duta, tetapi dia juga seorang peminat setia yang sudah lama menikmati rasa 'kopi pekat tak manis sangat' milik Kopiko, terutamanya varian Macchiato.

“Dalam formula Kopiko Macchiato, ada dua bahagian espresso, satu bahagian susu. Rasanya pekat, kaya, dan tak manis sangat. Memang tepat dengan citarasa saya,” ujar Syafiq yang menganggap ini bukan sekadar kempen, tetapi kisah peribadi yang tulus.

Menurut Pengurus Pemasaran Kopiko, Stephenie Siew, pemilihan Syafiq sebagai duta bukan keputusan yang dibuat secara random.

“Syafiq memang sudah menjadi peminat Kopiko lama sebelum kerjasama ini. Sebab itu ia terasa begitu semula jadi. Dalam tempoh 12 bulan akan datang, kami bukan sekadar bercerita tentang Kopiko, tapi mengajak orang ramai mengalaminya, menikmatinya, dan mengumpul memori bersama,” katanya.

Sesi Bertemu Peminat

Perjalanan setahun ini bermula di AEON Wangsa Maju iaitu lokasi pertama siri jelajah Kopiko bersama Syafiq. Di sini, peminat bukan sahaja berpeluang bertemu Syafiq secara langsung, malah mengambil gambar bersama dengan pembelian set eksklusif Kopiko.

Syafiq Kyle di acara eksklusif Pekat Sembang with Syafiq, yang memperkenalkannya sebagai Duta Jenama Kopiko Malaysia.

Istimewanya lagi, di setiap lokasi akan dilancarkan koleksi cawan kopi edisi terhad Kopiko x Syafiq Kyle yang direka dalam lapan warna berbeza.

Cawan pilihan Syafiq sendiri ini sesuai untuk menikmati secawan Kopiko Macchiato. Setiap warna hanya akan dikeluarkan di satu lokasi jelajah sahaja, lengkap dengan tanda tangan Syafiq dan nombor siri unik menjadikannya barangan koleksi yang bernilai untuk peminat tegar.

Bagi yang mahu mengumpul kesemua lapan warna, nampaknya anda perlu mengikuti pelakon filem Blood Brothers: Bara Naga itu dari satu hentian ke hentian lain sepanjang tahun ini.

Acara di AEON Wangsa Maju ini hanyalah permulaan kepada kerjasama penuh rasa antara Kopiko dan Syafiq Kyle.

Dari aktiviti peminat, acara fizikal, hinggalah momen kejutan yang belum didedahkan, perjalanan ini mengajak rakyat Malaysia untuk bukan sekadar minum kopi tapi menikmati setiap detik dalam kisah 'feveret' Syafiq. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments