Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Doja Cat Kembali dengan Single dan MV Baharu yang Penuh Kejutan


PEMENANG anugerah Grammy dan bintang global sensasi, Doja Cat, kembali dengan karya lebih segar berjudul Jealous Type yang kini boleh didengar di semua platform melalui Kemosabe Records dan RCA Records.

Single
terbaharu ini dihasilkan oleh Jack Antonoff (Taylor Swift, Lorde) dan Y2K (Ariana Grande, Tate McRae), manakala video muziknya diarahkan oleh Boni Mata dengan penggambaran di Los Angeles.

Menariknya
, Jealous Type mula mencuri perhatian apabila Doja menyingkap teaser pertama dalam kempen musim panas 2025 bersama Marc Jacobs.

Lagu
ini juga bakal menjadi sebahagian daripada album studio kelimanya yang sangat dinanti-nantikan, Vie, dijadualkan rilis pada 26 September depan.

Ma Vie World Tour 2025

Bukan
setakat meluncurkan lagu baharu, penyanyi berusia 30 tahun itu turut mengumumkan konsert jelajah pertamanya di rantau New Zealand, Australia, dan Asia menerusi Ma Vie World Tour.

  • 18 November - Auckland, New Zealand
  • 22 November - Perth, Australia
  • 25 November - Melbourne, Australia
  • 29 November - Brisbane, Australia
  • 1 Disember - Sydney, Australia
  • 7 Disember - Manila, Filipina
  • 13 Disember - Seoul, Korea Selatan
  • 15 Disember - Tokyo, Jepun
  • 18 Disember - Bangkok, Thailand
  • 21 Disember - Kaohsiung, Taiwan

Jelajah ini menjadi susulan kepada kejayaan The Scarlet Tour pada 2023, yang mengukuhkan lagi statusnya sebagai salah seorang penghibur paling berpengaruh di pentas global.

Tiket
jelajah Asia akan mula dijual mengikut tarikh pasaran masing-masing, dan peminat boleh mendapatkan maklumat penuh di dojacat.com/tour .


Baru-baru ini, Doja Cat turut mengejutkan peminat dengan penampilan penuh tenaga sebagai artis utama di Outside Lands Music Festival 2025 di San Francisco. Lebih istimewa, dia memilih pentas itu untuk mempersembahkan Jealous Type secara langsung buat pertama kali.

Tidak
berhenti di situ, penyanyi berkarisma ini kemudian mengadakan majlis eksklusif selepas konsert di kelab drag ikonik Oasis, di mana sekumpulan peminat bertuah diberi peluang mendengar beberapa trek daripada album Vie lebih awal daripada orang lain.

Untuk
rekod, tahun lalu Doja Cat meriliskan album Scarlet 2 CLAUDE, versi deluxe yang menampilkan single popular Attention, Paint The Town Red, dan Agora Hills bersama beberapa lagu baharu.

Paint The Town Red
sendiri mencatat sejarah apabila menduduki takhta Billboard Hot 100 selama tiga minggu, menjadi lagu rap pertama pada tahun 2023 yang mencapai kedudukan nombor satuLagu itu juga bertahan di tempat teratas carta Billboard Global 200 selama empat minggu berturut-turut.

Sementara
itu, Agora Hills berjaya menawan carta Top 40 Radio pada Februari 2024, menjadikannya lagu kelapan Doja Cat yang meraih No. 1 di format tersebut, selain mencapai kedudukan ketujuh di Billboard Hot 100.

Dengan
pelancaran single baharu, album yang bakal tiba, serta jelajah dunia yang sudah dinanti, tahun 2025 jelas menjadi satu lagi detik penting dalam perjalanan karier Doja Cat yang penuh warna- 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments