Hot Posts

6/recent/ticker-posts

David Archuleta Tampil Berani dengan Earthly Delights


SELEPAS menuai kejayaan besar menerusi single global Crème Brûlée diikuti dengan Can I Call You, David Archuleta kini tampil dengan karya lebih segar.

Kali ini, bintang berusia 34 tahun ini menghadiahkan peminat dengan koleksi muzik terbaharunya selepas lebih lima tahun, sebuah EP berjudul Earthly Delights.

EP ini menampilkan enam buah lagu yang terdiri daripada Give You The World, Crème Brûlée, Can I Call You, Lucky, Home dan Dulce Amor.

Bagi Archuleta, Earthly Delights bukan sekadar projek muzik, tetapi juga perjalanan peribadi yang penuh makna. Dia berkongsi bahawa perjalanan seni yang panjang telah memberinya ruang untuk memahami diri dengan lebih baik.

Selepas melalui pelbagai fasa kehidupan, bintang asal Miami itu kini lebih tenang dalam menerima siapa dirinya dan menjadikan muzik sebagai cara untuk menyampaikan kejujuran peribadi kepada pendengar.

Dengan aura polos yang masih tersisa, kini Archuleta tampil lebih seimbang. Dia hadir sebagai insan yang sepenuhnya berpijak di bumi, bersedia merasai seluruh spektrum kehidupan dengan cahaya yang terus menyinar dari dalam dirinya.

Daripada Crème Brûlée ke Dulce Amor

Hanya beberapa hari sebelum melancarkan Earthly Delights, Archuleta terlebih dahulu mempersembahkan muzik video Dulce Amor pada 12 Ogos 2025.

Lagu ini merupakan sebuah pop track yang memadukan bahasa Inggeris dan Sepanyol, bercerita tentang rasa jatuh cinta yang mendadak dan ia menyatu dengan baik aura Crème Brûlée dan Can I Call You.

Archuleta mula mencuri perhatian sejak usia 17 tahun dengan pesona semula jadi dan suara luar biasa. Seiring perjalanan karier, dia telah menghasilkan beberapa hit platinum, memikat hati penonton di seluruh dunia dengan persembahan live penuh tenaga, dan meneguhkan tempatnya sebagai figura penting dalam budaya pop moden. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments