Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Penyanyi Legenda AS, Connie Francis Meninggal Dunia Pada Usia 87 Tahun


PENYANYI ikonik era 1960-an legenda Amerika Syarikat, Connie Francis yang popular dengan lagu Pretty Little Baby, meninggal dunia pada Rabu (waktu AS).

Berita
pemergian Francis disahkan sahabat rapat yang juga Presiden syarikat rakaman Concetta Records, Ron Roberts, menerusi satu hantaran di Facebook awal pagi Khamis.

"
Dengan hati yang berat dan kesedihan yang mendalam, saya memaklumkan mengenai pemergian sahabat tersayang saya, Connie Francis, malam tadi (16 Julai).

"Saya
tahu Connie pasti bersetuju bahawa para peminatnya harus menjadi antara yang pertama mengetahui berita sedih ini. Butiran lanjut akan dikongsi kemudian," tulisnya.

Francis yang
baru-baru ini mencuri perhatian generasi baharu di TikTok menerusi single klasik Pretty Little Baby (1962), telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 87 tahun.

Di
sebalik berita duka, muncul satu kejutan manis apabila lagu tersebut kembali mencipta fenomena di TikTok dan Spotify, memecahkan rekod tontonan serta strim global. Kini, Pretty Little Baby mencatatkan puluhan juta penstriman, sekali gus menyambung semula legasi Connie Francis dengan peminat muzik era kini.

Sebelum
kematiannya, penyanyi tu sepatutnya membuat kemunculan khas pada sambutan Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat 4 Julai lalu, namun terpaksa menarik diri atas sebab kesihatan.

Mendiang
juga dikatakan sempat memuat naik satu hantaran di media sosial pada 2 Julai lalu, memaklumkan tentang keadaan dirinya yang sedang mendapatkan rawatan di pusat perubatan berpunca daripada apa yang dinyatakan sebagai kesakitan yang teruk.

Francis
merupakan antara penyanyi paling popular era 1950-an dan awal 1960-an, dengan lagu-lagu hit seperti Who's Sorry Now?, My Heart Has A Mind Of Its Own, Where the Boys Are dan Don't Break The Heart That Loves You.

Mendiang
juga merupakan artis wanita pertama yang berjaya menduduki tangga teratas carta Billboard Hot 100 menerusi lagu Everybody's Somebody's Fool pada 1960. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments