Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Wan Ahmad Farid dilantik Ketua Hakim Negara baharu


SPEKULASI berkenaan calon yang bakal mengisi jawatan tertinggi dalam badan kehakiman akhirnya terjawab apabila Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan melantik Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu.

Pelantikan ini adalah bagi menggantikan Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang telah bersara wajib pada 2 Julai lalu.

Menurut kenyataan media oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, pelantikan tersebut dibuat oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, selaras dengan peruntukan perlembagaan.

Dalam perkembangan sama, pelantikan turut melibatkan dua lagi tokoh kehakiman bagi mengisi jawatan utama dalam sistem perundangan negara.

Hakim Datuk Abu Bakar Jais akan dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan, manakala Hakim Datuk Azizah Nawawi akan menggalas tugas sebagai Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak.

Majlis penyampaian watikah pelantikan serta istiadat mengangkat sumpah jawatan dan sumpah setia di hadapan Seri Paduka Baginda dijadualkan berlangsung di Istana Negara pada 28 Julai ini. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments