Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Bintang legenda Michael Madsen meninggal dunia


BINTANG filem ikonik Kill Bill & Reservoir Dogs, Michael Madsen dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Malibu, California, Amarika Syarikat pada awal pagi Khamis.

Madsen, 67, disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung dan tiada unsur jenayah ditemui di lokasi kejadian.

Mendiang, yang terkenal menerusi filem-filem arahan Quentin Tarantino, meninggalkan legasi besar dalam dunia perfileman Hollywood.

Sepanjang lebih empat dekad kerjayanya, Madsen membintangi lebih 300 filem dan siri televisyen, serta terlibat dalam lebih 18 projek filem bebas yang masih dalam perancangan sebelum pemergiannya.

Antara filem yang melonjakkan namanya termasuk Reservoir Dogs (1992) sebagai Mr Blonde, Kill Bill, The Hateful Eight, Once Upon a Time in Hollywood, Sin City, Donnie Brasco, Thelma & Louise, Free Willy, dan Die Another Day.

Pelakon asal Chicago itu dikagumi kerana berjaya membawakan watak-watak antihero yang penuh karisma, tetapi tetap memiliki sisi seni yang mendalam.

Kehilangan
Besar

Menurut
pengurusnya, Ron Smith, pemergian Madsen adalah satu kehilangan besar buat industri hiburan kerana dia bukan sahaja dikenang sebagai pelakon, malah seorang penyair dan pencinta seni.

“Michael antara pelakon paling berkarisma, dikenang menerusi watak-watak antihero. Dia juga seorang penulis puisi hebat dan baru-baru ini sempat menyiapkan buku puisi bertajuk Tears for My Father: Outlaw Thoughts and Poems,” katanya dalam satu kenyataan.

Madsen pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan dikurniakan tujuh orang cahaya mata, termasuk pelakon Christian Madsen.

Beberapa tahun kebelakangan ini, mendiang berdepan cabaran peribadi termasuk kehilangan anaknya, Hudson, pada 2022, dan dilaporkan telah memfailkan perceraian dengan isterinya, DeAnna, pada 2024.

Sebelum kematiannya, Madsen masih aktif berlakon dan terlibat dalam beberapa filem bebas seperti Resurrection Road, Cookbook for Southern Housewives dan Concessions, yang kini berstatus tertangguh- 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments