DALAM dunia yang semakin bergantung kepada data, AI dan automasi, gangguan bekalan elektrik bukan lagi sekadar isu teknikal tetapi ia boleh membawa kerugian berjuta-juta ringgit dan menjejaskan kepercayaan terhadap sistem yang kritikal.
Memahami keperluan untuk sistem tenaga yang lebih stabil, pintar dan selamat, ABB kini memperkenalkan produk terbaharu, SACE Emax 3, generasi baharu pemutus litar pintar yang direka khas untuk infrastruktur penting masa kini.
Ia bukan hanya direka untuk melindungi sistem, tetapi juga membantu pengguna membuat penyelenggaraan secara lebih bijak dan tepat waktu.
Apa Itu SACE Emax 3?
SACE Emax 3 ialah pemutus litar berasaskan udara (air circuit breaker) yang dibangunkan untuk melindungi sistem elektrik di fasiliti berskala besar termasuk pusat data, tapak pembuatan berteknologi tinggi, hospital dan lapangan terbang.
Ia merupakan peningkatan daripada model sebelumnya, Emax 2, dengan pelbagai ciri pintar yang menumpukan kepada ketahanan sistem, keselamatan, dan kecekapan tenaga.
Apa yang membezakan Emax 3 daripada pemutus litar konvensional adalah keupayaannya untuk membaca data masa nyata (real-time), menganalisis maklumat prestasi sistem, serta memberikan amaran awal jika terdapat tanda-tanda gangguan.
Dengan sensor tenaga paling tepat dalam industri, Emax 3 bukan sekadar 'on/off switch', tetapi berfungsi sebagai pusat kawalan mini untuk sistem tenaga sesebuah fasiliti.
Apa Bezanya dengan Circuit Breaker Biasa?
Kebanyakan pemutus litar biasa hanya bertindak secara reaktif, ia memutuskan aliran elektrik apabila berlaku masalah seperti litar pintas atau lebihan beban. Fungsi ini penting, tetapi terhad.
Sebaliknya, Emax 3 bertindak secara pintar dan proaktif. Ia boleh mengumpul dan menganalisis data seperti suhu, penggunaan tenaga, dan kesihatan sistem, sekaligus memberikan amaran lebih awal sebelum sebarang gangguan berlaku.
Malah, pengguna juga boleh memantau sistem secara langsung melalui skrin sentuh terbina atau dari jauh menggunakan sambungan digital.
Ciri-Ciri Utama Emax 3
- Sensor Kuasa Pintar: Mengesan dan merekod penggunaan tenaga, suhu persekitaran dan kesihatan sistem dengan ketepatan tinggi.
- Skrin Sentuh & Akses Jauh: Paparan informasi boleh diakses melalui skrin sentuh terbina atau secara remote.
- Amaran & Penyelenggaraan Proaktif: Pengguna boleh menerima cadangan penyelenggaraan lebih awal, sebelum kerosakan berlaku.
- Sijil Keselamatan Siber Bertaraf Dunia: Emax 3 merupakan pemutus litar pertama di dunia dengan pensijilan IEC 62443 Level 2, menjadikannya lebih kebal terhadap serangan siber.
- Sistem Pengesan Arc Flash Terbina: Membantu mengelakkan letupan elektrik dalaman, meningkatkan keselamatan pengguna dan peralatan.
Kenapa Penting untuk Dunia Sekarang?
Di era moden yang penuh dengan sistem automatik dan teknologi berkuasa tinggi, kebergantungan terhadap bekalan elektrik stabil semakin kritikal.
Kegagalan bekalan tidak lagi sekadar menyebabkan ketidakselesaan dan ia boleh menghentikan operasi kilang, menjejaskan rawatan di hospital, atau menutup akses kepada data penting.
Inilah sebabnya kenapa penyelesaian seperti Emax 3 dianggap penting dania direka untuk mencegah, bukan hanya bertindak selepas kejadian berlaku.
Menurut Presiden Smart Power ABB Electrification, Massimiliano Cifalitti, Emax 3 bukan sekadar melindungi sistem elektrik daripada gangguan.
"Lebih dari itu, ia membantu pelanggan melakukan penyelenggaraan secara proaktif dan tepat waktu bukan sekadar bertindak selepas kerosakan berlaku.
"Dengan keupayaan untuk memantau dan menganalisis data masa nyata, Emax 3 memberi ruang kepada pengguna untuk mengenal pasti potensi masalah lebih awal dan mengambil tindakan yang diperlukan sebelum ia menjejaskan operasi," katanya.
ABB merupakan sebuah syarikat teknologi global yang berpengalaman lebih 140 tahun dalam bidang elektrifikasi dan automasi pintar.
Dengan kekuatan lebih 110,000 kakitangan di lebih 100 negara, ABB dikenali sebagai peneraju dalam membangunkan penyelesaian tenaga yang cekap, selamat dan mampan.
Misi utama syarikat ini adalah untuk membantu dunia beroperasi dengan lebih cekap, mesra alam dan berdaya tahan, seiring dengan tuntutan era digital dan peralihan tenaga masa kini.
Dengan pelancaran SACE Emax 3, ABB membuktikan bahawa sistem tenaga masa depan perlu lebih daripada sekadar berfungsi tetapi ia perlu bijak, responsif dan tahan lasak terhadap ancaman yang semakin kompleks.
Di tengah-tengah revolusi AI dan automasi, Emax 3 tampil sebagai pelindung senyap yang memastikan dunia terus ‘hidup’ tanpa gangguan. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments