Hot Posts

6/recent/ticker-posts

IOI City Mall lancar kempen fesyen musim panas ‘Style, Shine, Sassy’ sepanjang Jun ini



Oleh: SORAYA AFNAN

JIKA anda sedang mencari alasan untuk tampil lebih bergaya bulan ini, IOI City Mall ada jawapannya. Dengan kempen Style, Shine, Sassy! yang berlangsung dari 11 hingga 29 Jun 2025, pusat beli-belah ini berubah menjadi taman permainan fesyen dan kreativiti untuk semua lapisan umur.

Daripada pertunjukan fesyen harian, bengkel seni DIY, hingga ke pertandingan peragaan si cilik, keseluruhan kempen ini dipenuhi aura kreatif yang mampu mencetuskan inspirasi, buat sesiapa saja rasa ingin tampil lebih ekspresif dalam gaya harian mereka.

Mulai 18 hingga 21 Jun, pentas utama akan menampilkan pertunjukan fesyen daripada pelbagai jenama, daripada Bayu Somerset ke Lacoste, Clarks, dan banyak lagi. Tidak cukup dengan itu, akan ada showcase fesyen kanak-kanak dan pengantin juga. Comel, elegan, dan penuh gaya.

Model-model cilik dari ALIST Academy Malaysia akan memperagakan koleksi daripada jenama seperti PONEY, Babyshop, Rookie, dan sebagainya siap dengan panduan dari jurulatih profesional. Satu pengalaman fesyen yang bukan sekadar visual, tapi juga inspirasi untuk anak-anak jadi lebih yakin.

Watsons, sebagai rakan kecantikan rasmi, memperkaya acara ini dengan menyediakan sentuhan akhir yang memukau melalui jenama-jenama seperti APT Hair Salon, BAD LAB, BZU BZU Little Lady, Dazzle Me, Maybelline, Skintific, Swisse, Wardah dan Y.O.U.

Kolaborasi ini menyerlahkan aspek keseluruhan penampilan daripada solekan ke gaya rambut yang menyempurnakan pengalaman fesyen.

Aktiviti menarik

Dalam usaha mencungkil bakat baharu dalam bidang peragaan, ALIST Academy Malaysia akan menganjurkan pertandingan Malaysia’s Next Top Model – Kids & Teens Edition pada 22 Jun.

Terbuka kepada kanak-kanak dan remaja berumur antara 4 hingga 18 tahun, pertandingan ini menampilkan tiga tema menarik yang direka untuk mencetuskan kreativiti, meraikan identiti, dan membina keyakinan di pentas fesyen iaitu Saya Anak Malaysia, Toy World dan PK Supermodel Battle.

Juara setiap kategori bukan sahaja bakal meraih gelaran terbaik, tetapi juga akan mendapat tajaan untuk mewakili Malaysia di China pada Oktober 2025, satu peluang luar biasa untuk menceburkan diri dalam dunia fesyen antarabangsa.

Pendaftaran Malaysia’s Next Top Model – Kids & Teens Edition akan ditutup pada 15 Jun dan dijangka menarik penyertaan ramai bakat muda yang ingin mengasah keyakinan serta potensi mereka dalam dunia fesyen.

Bagi pengunjung yang datang bersama keluarga, pelbagai bengkel kreatif turut disediakan pada hujung minggu bermula jam 2 hingga 4 petang.

Aktiviti seperti DIY Aksesori Telefon yang akan diadakan pada 21 Jun, Hiasan Topi (22 Jun), DIY Beg Tampal (28 Jun) dan DIY Sabun Mandian Bom (29 Jun) dianjurkan untuk membina pengalaman yang menyeronokkan, sambil menggalakkan kreativiti dan interaksi antara ibu bapa dan anak.

Kempen ini turut menawarkan penebusan hadiah eksklusif bagi pembelian tertentu, menjadikannya satu lagi tarikan buat pengunjung yang ingin menggabungkan pengalaman membeli-belah dengan ganjaran yang bermakna.

Dengan gabungan elemen fesyen, seni, keluarga dan komuniti, 'Style, Shine, Sassy!' menampilkan IOI City Mall sebagai ruang gaya hidup yang meraikan keunikan individu dan kebersamaan dalam satu acara berimpak tinggi sepanjang bulan Jun ini. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments