APA akan terjadi bila seorang pengarah muda yang dibayangi tekanan kejayaan sulungnya membuat keputusan mengejut dengan memilih seorang pelakon wanita yang sedang bertarung dengan penyakit serius yang tidak dapat disembuhkan sebagai bintang utama filem terbaharunya?
Itulah premis menyentuh hati yang ditampilkan dalam drama Korea baharu berjudul Our Movie, yang kini boleh distrim di Disney+ Hotstar.
Menerusi 12 episod, siri ini mengikuti kisah Lee Jeha, lakonan Namkoong Min, anak kepada pengarah legenda yang kini bergelut dengan ketakutan ‘sophomore slump’ selepas kejayaan luar biasa filem pertamanya.
Dalam usaha untuk mengatasi tekanan itu, Jeha akhirnya memulakan produksi filem baharu, namun keputusannya memilih Lee Daeum (Jeon Yeo Been), seorang pelakon muda yang menghidap penyakit kronik mengejutkan seluruh industri.
Sepanjang penggambaran, hubungan antara dua watak ini berkembang. Bukan sahaja sebagai rakan sekerja, tetapi juga sebagai dua insan yang menyembuhkan luka lama masing-masing.
Di sebalik cabaran dan ketidaktentuan, tumbuh sebuah ikatan yang menggabungkan kasih, harapan dan penghargaan terhadap detik yang singkat namun bermakna.
Ditulis oleh Han Gaeun dan Kang Kyungmin, serta diarahkan oleh Lee Junghum, Our Movie bukan sekadar kisah percintaan. Ia adalah pertembungan dua dunia iaitu seni dan realiti, impian dan perpisahan dalam sebuah karya yang halus serta penuh emosi.
Buat peminat kisah cinta yang sarat emosi, Our Movie menawarkan pengalaman yang pasti akan menyentuh hati. Saksikan drama ini hanya di Disney+ Hotstar. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments