Syasya jatuh hati, wajah suami persis Nobita


BEKAS anggota Dolla, Syasya Rizal meneruskan kehidupannya seperti biasa meski kini tidak lagi bersama kumpulan M-pop yang kini sedang hangat mencipta nama itu.

Selepas mendirikan mendirikan dan kini tampil dengan imej bertudung, pemilik nama sebenar Noor Syasya Afiqah Shahrizal, 23,  berkata, tumpuannya kini lebih kepada keluarga dan misi untuk menyudahkan pengajiannya yang masih belum selesai.

Mengulas tentang lelaki pilihan yang kini sah bergelar suaminya, Nasrullah  Mohd Sapie, bintang tinggi lampai itu berkata, salah satu sebab yang membuat dirinya jatuh hati adalah kerana wajah lelaki itu persis karakter Nobita dalam siri animasi popular, Doraemon.

"Salah satu sebab kenapa saya tertarik dengan Nasrullah adalah kerana wajahnya macam Nobita.

"Setiap kali saya lihat wajahnya, dia mengingatkan saya pada siri animasi Doraemon," katanya yang ditemui media ketika majlis resepsi perkahwinannya yang berlangsung di Shah Alam pada Sabtu lalu.

Bagi peminat yang mengikuti perkembangan Syasya sebelum ini sememangnya maklum akan obsesi penyanyi itu terhadap siri Doraemon sehinggakan sering dihadiahkan patung karakter popular itu.   


Dalam pada itu, Syasya menjelaskan masih lagi berhubung baik dengan ahli kumpulan Dolla meski mereka kini tidak lagi bersama.

"Jujurnya memang saya berat hati juga meninggal Dolla kerana hubungan kami sangat rapat umpama adik-beradik.

"Sebelum ini kami ada berbincang jika ada antara kami yang ingin membawa haluan masing-masing, kita akan saling menyokong. Jadi saya percaya mereka faham dan menghormati keputusan saya," jelasnya.

Terdahulu, April lalu Syasya mengejutkan ramai apabila mengumumkan untuk mengundur diri dari kumpulan Dolla pada April lalu.

Tidak lama selepas itu, Syasya yang juga merupakan cucu kepada dramatis Rozie Othman tampil dengan imej berhijab dan kemudiannya melangsungkan perkahwinan dalam satu majlis tertutup pada 21 April. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

Previous Post Next Post