[Al-Fatihah] Nabil Mentor meninggal dunia



AMPANG - Penyanyi Nabil Zamanhuri meninggal dunia di kediamannya, di Bukit Indah Ampang, sekitar jam 9 pagi Ahad.

Allahyarham yang juga merupakan Naib Juara program Mentor musim pertama menghembuskan nafas terakhir pada usia 37 tahun, dipercayai akibat serangan jantung.

Katika hayatnya, Nabil atau nama penuhnya Nabil Zafril Zamanhuri pernah popular dengan lagu-lagu seperti Kenangan Lama, Hati Ini, Selangkah dan Beku. Dalam masa sama, dia juga mencerburi bidang lakonan menerusi filem Terbaik Dari Langit, Ijab Kabut dan BoboiBoy The Movie 2.


Difahamkan jenazah akan dikembumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Hulu Klang.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Adelia Citra Hapsari, 36, dan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Aluna Calista, 7, dan Stara, 3.  - 7KLIK


ARTIKEL LAIN: 

Post a Comment

Previous Post Next Post