Selamat diijabkabulkan, Afifah Nasir kini bergelar isteri


PELAKON Afifah Nasir selamat bergelar isteri apabila disatukan dengan lelaki pilihan, Syed Hariz pada majlis ijab dan kabul yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu kota pada petang Ahad.

Difahamkan, majlis pernikahan adik kepada pelakon Anzalna Nasir itu diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat kedua-dua belah pihak.

Afifah atau nama penuhnya, Nur Afifah Md Nasir, 31, menerima mas kahwin berjumlah RM3,000 dan lima dulang hantaran daripada pihak lelaki.

Menurut perkongsian daripada rakan artis, Riena Diana, acara bersejarah pelakon drama Cik Misi 123 itu bertemakan warna putih dan berlangsung dalam suasana penuh harmoni.

"Alhamdulillah, Afifah dan Hariz sah bergelar pasangan suami isteri hanya dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan mereka bertemakan warna putih dan diadakan secara tertutup serta dihadiri anggota keluarga dan rakan terdekat saja," katanya sebagaimana dilaporkan.


Majlis resepsi pasangan yang mengikat tali pertunangan pada Februari lalu itu turut diadakan di lokasi sama pada sebelah malamnya. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN: syasya-kini-bergelar-isteri.html
ARTIKEL LAIN: shakilla-khoriri-kembali-bergelar-isteri
ARTIKEL LAIN: pilih-ahli-perniagaan-atikah-suhaime

[KREDIT FOTO: Instagram Afifah Nasir]

Post a Comment

Previous Post Next Post