Dua wakil negara mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia


Oleh: SHAZAN ZAIDI

BEREGU campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, berjaya mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia BWF (Super 1000) yang akan berlangsung di Istora Senayan, Jakarta, esok.

Mereka mengorak langkah selepas meraih kemenangan ke atas pasangan Korea Selatan, Kim Won-Ho- Jeong Na-Eun dengan mata 21-8, 21-19 di peringkat suku akhir pada Jumaat.

Kejayaan sama turut dicapai pasangan beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang mengesahkan kemaraan mereka ke separuh akhir apabila mengalahkan gandingan dari Taiwan, Lu Ching Yao-Yang Po Han. Pertarungan tiga set selama 57 minit itu menoktahkan kemenangan buat beregu negara dengan mata 21-17,18-21, 21-10.

Sementara itu empat lagi wakil negara tersekat di peringkat suku akhir apabila tewas dengan perlawanan sengit daripada lawan masing-masing.

Persorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, yang cemerlang pada dua pusingan awal, terpaksa akur apabila tewas kepada pemain perseorangan dari China, Li Shi Feng, dengan mata 21-11, 21-12. Pun begitu ia adalah pencapaian terbaik Jun Hao yang kali pertama membuat penampilan di kejohanan Super 1000.

Kekalahan turut dialami perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia yang berdepan dengan pamain Thailand, Kunlavut Vitidsarn dengan 21-16, 21-17.


Dalam pusingan sama, wakil beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah dan beregu lelaki negara, Nur Izzudin dan Goh Sze Fei, turut dinafikan kemaraan apabila masing-masing tewas kepada pasangan dari China.

Beregu wanita pilihan pertama kejohanan, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan menewaskan Pearly Tan-M Thinaah dengan 22-20, 21-18 dalam satu perlawanan yang cukup sengit dan mendebarkan, manakala Liang Wei Keng-Wang Chan pula menyingkirkan Nur Izzudin-Goh Sze Fei negara dengan 21-18,18-21,21-19.   - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

[FOTO: Instagram BAM/Badminton Photo]

Post a Comment

Previous Post Next Post