Juara baharu naik podium Petronas Malaysia Open 2024


PETRONAS Malaysia Open (PMO) 2024 sekali lagi menjadi gelanggang unggulan semua pemain terbaik dunia memulakan langkah pertama mereka untuk musim baharu siri BWF World Tour 2024.

Berlangsung di lokasi keramat, Axiata Arena, Bukit Jalil pada 9 hinga 14 Januari, jelajah super 1000 ini meraih perhatian luar biasa daripada penonton dan peminat badminton seluruh dunia.

Kejohanan super 1000 ini menyaksikan persaingan cukup sengit apabila penyertaan pemain hanya melibatkan mereka yang berada pada ranking 1-32 terbaik dunia.

Namun apa yang menarik perhatian, jelajah pertama untuk musim ini menyaksikan ramai unggulan utama tersingkir pada pusingan awal, mahupun hanya bertahan sehingga pusingan Suku Akhir dan Separuh Akhir.

Malah kesemua juara pada podium PMO2023 gagal melangkah ke final seperti pemain unggulan dari Denmark, Viktor Axelson (Men's Singles), Akane Yamaguchi (Jepun - Women's Single), Fajar Alfian/Rian Ardianto (Indonesia - Men's Doubles), Chen Qing Chen/Jia Yi Fan (China - Women's Doubles) dan Zheng Si Wei/Huang Ya Qiong (China - Mixed Doubles).     

Untuk pemain Malaysia, tahniah Ong Yew Sin/Teo Eei Yi dan Aaron Chia/Soh Woi Yik (Men's Doubles) yang berjaya mara sehingga ke pusingan suku akhir.

Dalam pada itu, sokongan dan semangat yang ditunjukkan oleh penyokong dan peminat badminton Malaysia terhadap kejohanan ini mendapat pujian ramai, baik daripada pemain, mahupun media luar.

Axiata Arena meriah dengan kebanjiran penonton terutamanya pada hujung minggu yang hadir memberikan sokongan meski tiada pemain negara yang beraksi pada pusingan semi final dan final.  - 7KLIK


Senarai penuh pemenang mengikut acara/kategori:


Men's Singles
🥇Anders Antonsen (Denmark) - Rank 7
🥈Shi Yu Qi (China) - Rank 2


Women's Singles
🥇 An Se Young (Korea Selatan) - Rank 1
🥈 Tai Tzu Ying (Chinese Taipei) - Rank 3


Mixed Doubles
🥇 Yuta Watanabe & Arisa Higashino (Jepun) - Rank 2
🥈Kim Won Ho & Jeong Na Eun  (Korea Selatan) - Rank 6


Women's Doubles
🥇 Liu Sheng Shu & Tan Ning (China) - Rank 6
🥈 Zhang Shu Xian & Zheng Yu (China) - Rank 7


Men's Doubles
🥇 Liang Wei Keng & Wang Chang (China) - Rank 1
🥈 Satwiksairaj Rankireddy & Chirag Shetty (India) - Rank 2


Post a Comment

Previous Post Next Post