Hot Posts

6/recent/ticker-posts

[Al-Fatihah] Nazrul Rabbani meninggal dunia


KUALA LUMPUR: PENYANYI nasyid yang juga anggota kumpulan Rabbani, Nazrul Azhar Tamrin, meninggal dunia di kediamannya di Sungai Buloh, sekitar 4.45 pada petang Rabu.

Allahyarham yang menderita penyakit buah pinggang sejak lapan tahun lalu itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 47 tahun.

Berita duka itu dimaklumkan dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebook rasmi kumpulan nasyid itu sebentar tadi.

"Al-Fatihah buat Allahyarham Nazrul Azhar Tamrin, anggota Rabbani yang telah meninggal dunia sebentar tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang bertaqwa.

"Allahyarham memghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Saujana Utama," tulis kenyataan tersebut.

Difahamkan jenazah akan dikebumikan selepas Maghrib malam di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Aliyah Saujana Utama.

Allahyarham yang merupakan anggota asal Rabbani sejak awal penubuhannya pada 1997 itu meninggalkan seorang isteri dan enam anak.  - 7KLIK


ARTIKEL LAIN: 

Post a Comment

0 Comments